Empat rumah terbakar di Kampung Sepagaya

LAHAD DATU: Empat rumah di Kampung Sepagaya, di sini, musnah dan rosak dalam kebakaran, tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, dua rumah dilaporkan musnah sepenuhnya manakala dua lagi mengalami kerosakan sebahagian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 sebelum […]
CFLC bukan sekadar balai bomba, komuniti boleh guna fasiliti

PUTATAN: Community Fire Learning Centre (CFLC) yang diwujudkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan bukan hanya berfungsi sebagai pusat pendidikan kebombaan, malah turut dibuka kepada komuniti untuk pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada pelan strategik Kementerian Perumahan dan […]
Lebuhraya Pan Borneo Putatan-Manggatal dijangka dibuka pada Julai

PUTATAN: Laluan baharu Lebuhraya Pan Borneo dari Putatan ke Inanam dan Manggatal dijangka dibuka pada Julai atau Ogos depan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata laluan itu membabitkan dua pakej pembinaan, iaitu Pakej Kerja 6 (WP6) dan WP7. Katanya, kedua-dua pakej kerja itu yang bermula dari Putatan disasar mengurangkan kesesakan lalu lintas […]
JBPM rancang helikopter ringan ditempatkan di Sabah

PUTATAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang menempatkan sebuah helikopter ringan di Sabah bagi memperkukuh operasi pemantauan bencana terutama banjir dan tanah runtuh di kawasan pedalaman negeri ini. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, perancangan itu dibuat selepas mengambil kira faktor jumlah kejadian, keluasan kawasan dan tempoh masa tindak balas operasi di […]
RM5 beli rokok tidak dapat, lelaki mengamuk ugut keluarga dengan pisau

TAWAU: Gara-gara permintaan wang RM5 untuk membeli rokok tidak dipenuhi, seorang lelaki bertindak mengamuk sebelum mengugut ahli keluarganya menggunakan pisau dalam kejadian di Kampung Haji Matahir, Jalan Merotai Besar, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek lelaki tempatan berusia 30 tahun dipercayai mula bertindak agresif selepas ibunya hanya memberi RM2 untuk […]
Monsun Barat Daya: JBPM siap siaga hadapi kebakaran hutan

PUTATAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memperkukuh kesiapsiagaan logistik dan aset udara bagi menghadapi risiko kebakaran hutan susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula hari ini hingga September, membawa cuaca lebih panas dan kering. Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menjangkakan trend kebakaran meningkat tahun ini berbanding tahun lalu berikutan […]
Cubaan seleweng diesel, minyak masak digagalkan

SEMPORNA: Cubaan menyeleweng barang kawalan bersubsidi membabitkan minyak diesel dan minyak masak paket berjaya dipatahkan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna, semalam. Dalam operasi itu, seorang lelaki tempatan ditahan manakala pelbagai barangan termasuk kenderaan dan pump bot dirampas dengan nilai keseluruhan lebih RM52,000. […]
‘Wujudkan Majlis Keselamatan Sempadan Sabah’

KOTA KINABALU: Majlis Keselamatan Sempadan Sabah dicadang diwujudkan bagi menyelaras fungsi pelbagai agensi penguatkuasaan sempadan di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal P Alian yang mencadangkan perkara itu, berkata majlis dipengerusikan Ketua Menteri itu perlu bagi menyelaras fungsi Imigresen, ESSCOM, PDRM dan agensi berkaitan. “Dengan adanya majlis ini, Sabah akan dilihat membawa […]
Cari ikan bertukar tragedi

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki yang ditemukan tidak sedarkan diri selepas dihanyutkan arus ketika mencari ikan di Sungai Rampayan berhampiran Kampung Dombung, Manggatal, petang semalam disahkan meninggal dunia. Dalam kejadian kira-kira jam 3.05 petang itu, mangsa Muhammad Hamizan Aqil Ahmad, 11, dikatakan pergi ke sungai berkenaan bersama sembilan rakannya dari kawasan sama. Ketua Polis Daerah Kota […]
Rip Curl Malaysia tampil koleksi khas bersama Pangrok Sulap

KOTA KINABALU: Jenama pakaian luncur terkenal, Rip Curl Malaysia tampil dengan koleksi terbaharu dikenali sebagai “Artist of The Search” menerusi kolaborasi bersama kolektif seni terkenal dari Sabah, Pangrok Sulap. Koleksi edisi terhad itu menggabungkan elemen budaya tempatan, kehidupan pesisir pantai dan ekspresi seni urban menerusi rekaan autentik yang dihasilkan Pangrok Sulap. Ini juga menjadi kolaborasi […]