Search

Dua lelaki ditahan, 40 botol air ketum dirampas

KOTA MARUDU: Kegiatan memproses dan mengedar air ketum terbongkar selepas dua lelaki tempatan diberkas dalam serbuan di dua lokasi berasingan di daerah ini, semalam. Dalam operasi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu bermula kira-kira jam 10 pagi itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 34 dan 28 tahun ditahan […]

Muhamad Hamizan Aqil meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri ketika mandi sungai

KOTA KINABALU: Kanak-kanak lelaki yang ditemui tidak sedarkan diri ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Dombung, Jalan Rampayan, Manggatal, di sini, petang tadi disahkan meninggal dunia. Mangsa dikenali sebagai Muhamad Hamizan Aqil Ahmad, 10 dan disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam tadi. Terdahulu, mangsa dikatakan mandi bersama beberapa rakannya sebelum dipercayai lemas. Ketua Balai […]

Dua beradik hilang ketika memancing ditemui selamat

SIPITANG: Dua beradik wanita yang dikhuatiri hilang selepas keluar memancing di kawasan hutan berhampiran Kampung Padang Berempah, di sini, ditemukan selamat malam tadi. Mangsa Maimun Sibun, 59, dan adiknya, Zaleha Sibun, 56, ditemui orang awam kira-kira jam 11.29 malam pada jarak satu kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang, […]

Dua beradik wanita dikuatiri hilang selepas keluar memancing

SIPITANG: Dua beradik wanita dikhuatiri hilang selepas gagal pulang ke rumah ketika keluar memancing di kawasan hutan berhampiran Kampung Padang Berempah, di sini, hari ini. Mangsa Maimun Sibun, 59, dan adiknya Zaleha Sibun, 56, dipercayai keluar menjalankan aktiviti memancing kira-kira jam 8.30 pagi sebelum ahli keluarga menyedari mereka masih belum pulang dan gagal dihubungi sehingga […]

Mayat masih belum dituntut, waris Wei Guan dicari

KOTA KINABALU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia dan sehingga kini masih belum dituntut. Dalam hebahan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini, lelaki dikenali sebagai Soon Wei Guan, 60, berbangsa Cina. Alamat terakhir lelaki berkenaan direkodkan di 59, Lorong Ikan Lais, […]

Tangguh pelaksanaan AKPS bukti kerajaan negeri tegas pertahan hak Sabah – Azrul Ibrahim

KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Negeri menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Sabah menunjukkan ketegasan dan komitmennya mempertahankan hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim, berkata ketegasan mempertahan hak Sabah itu juga sama dalam semua peruntukan undang-undang sedia ada […]

AKPS hakis kuasa autonomi imigresen Sabah, pelaksanaannya ditangguh – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan untuk menangguhkan dasar dan pelaksanaan Agensi Kawalan Penguatkuasaan Sempadan (AKPS) di Sabah sehingga memperolehi persetujuan tiada sebarang penghakisan hak istimewa dan kuasa autonomi Imigresen Sabah dan pihak berkuasa negeri. Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata langkah itu bagi menjamin perlindungan dan memelihara kedudukan Sabah […]

Dua beradik mandi sungai, adik tidak sedarkan diri abang selamat

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan tidak sedarkan diri ketika mandi bersama abangnya di sungai berhampiran Kampung Dombung, Jalan Rampayan, Manggatal, di sini, petang tadi. Mangsa berusia 10 tahun berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala abangnya yang berusia 11 tahun terselamat selepas dibantu rakannya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, […]

10,200 liter diesel bersubsidi dirampas, pemandu tanker ditahan

SANDAKAN: Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi terbongkar selepas sebuah lori tanker bersama 10,200 liter diesel dirampas dalam serbuan Op Taring Bravo 1 di Batu 8, Kampung Melayu, Jalan Labuk, di sini, hari ini. Dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun turut ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak diesel […]

Lapor segera aktiviti sambungan haram – Sabah Electricity

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti sambungan elektrik tidak selamat atau mencurigakan untuk melaporkan perkara itu kepada syarikat utiliti berkenaan. Menerusi hantaran di Facebook Sabah Electricity Careline, syarikat itu mengalu-alukan orang ramai menyalurkan aduan mengenai perbuatan berkenaan melalui saluran rasmi Sabah Electricity untuk tindakan lanjut. […]