Mangsa bot berlanggar ditemukan terdampar di pantai Pulau Mengalum

KOTA KINABALU: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut susulan insiden pelanggaran bot di perairan Pulau Mengalum, di sini, 4 Mei lalu ditemukan meninggal dunia hari ini. Mangsa dikenali sebagai Nur Amin, 21, ditemukan terdampar di pantai Pulau Mengalum kira-kira jam 10.30 pagi oleh ahli keluarganya yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat […]
Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas

KUDAT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditemukan lemas di sungai Kampung Andap Bangau, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa dipercayai lemas selepas keluar bersama rakannya berhampiran kawasan sungai berkenaan. Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Unit Kecemasan Hospital Kudat kira-kira jam […]
Lelaki ditemui meninggal dunia belakang rumah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di belakang sebuah rumah di Taman Iramanis, Luyang, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Balai Polis Luyang menerima panggilan daripada seorang pengadu yang meminta bantuan selepas menemui lelaki tidak dikenali terbabit terbaring di belakang rumahnya. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed […]
Dua lagi suspek curi kabel positif dadah di Beaufort

BEAUFORT: Dua lagi lelaki tempatan yang ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd di Menumbok, di sini, didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintendan Champin Piuh berkata, kedua-dua suspek berusia 26 dan 33 tahun itu dikesan positif dadah selepas menjalani pemeriksaan saringan air kencing di […]
DPMM Sabah sokong syarikat minyak dan gas milik anak tempatan

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Sabah memberi tumpuan serius terhadap industri minyak dan gas, selain menyatakan sokongan penuh kepada SAAEM Sabah Sdn Bhd yang disifatkan sebagai pemain baharu tempatan milik anak Sabah. Presidennya, Datuk M Sapawae @ Sapawai Tussin berkata, fokus itu selari dengan usaha memperkukuhkan penglibatan syarikat tempatan dalam industri berkenaan, khususnya […]
Isu 40 peratus: ‘Pemimpin GRS gagal fahami ibu segala isu’ – Lisa Hassan Alban

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didakwa gagal memahami ‘ibu’ kepada segala isu yang dikaitkan dengan tuntutan 40 peratus hasil bersih dikutip kerajaan Persekutuan di negeri ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Lisa Hassan Alban, menyatakan perkara itu berdasarkan kenyataan pemimpin GRS yang bangga dengan kenaikan pemberian khas interim RM600 juta dan jangkaan […]
17 bakal jurulatih futsal tamat kursus kejurulatihan Tahap 1

KOTA KINABALU: Seramai 17 peserta, masing-masing 14 lelaki dan tiga wanita berjaya menamatkan Kursus Sijil Kejurulatihan Futsal Tahap 1 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), di sini. Kursus siri ke-10 di Sabah itu disertai peserta berusia antara 20 hingga 40-an, termasuk seorang peserta dari Brunei. Penganjurannya dilihat sebagai langkah berterusan memperkukuh pembangunan futsal akar umbi di […]
Baling kabel, lastik polis sebelum diberkas

BEAUFORT: Cubaan seorang lelaki melarikan diri daripada polis sambil bertindak agresif dengan melontar kabel dan melastik kenderaan pasukan polis berakhir dengan penahanannya dalam operasi di Jalan Bongawan, Papar. Dalam kejadian itu, suspek lelaki tempatan berusia 20 tahun yang menaiki Proton Iswara bertindak memecut secara berbahaya selepas diarahkan berhenti sehingga mencetuskan aksi kejar – mengejar dari […]
Curi kabel pencawang, suspek diberkas polis

BEAUFORT: Kegiatan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes khianat dan kecurian kabel milik Sabah Electricity Sdn Bhd akhirnya terbongkar selepas dia diberkas polis dalam satu operasi di Menumbok. Suspek lelaki tempatan itu dipercayai memecah masuk sebuah pencawang berhampiran Perkuburan Cina Kampung Asam Jawa, di sini sebelum meleraikan kabel serta komponen tembaga transformer hingga menyebabkan kerugian […]
Dua kanak-kanak antara lapan cedera dalam kemalangan tiga kenderaan

KOTA KINABALU: Lapan individu termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan UMS berhampiran Kampung Delima Sulaman, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.29 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah Toyota Fortuner, Proton Saga dan Proton Exora. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai 11 anggota […]