Lelaki ditemui maut atas bumbung dipercayai terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di atas bumbung sebuah bangunan di Karambunai, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa ditemui di atas bumbung bangunan sebelum pasukan bomba dipanggil bagi membantu menurunkannya. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai 10 […]
Lawatan ke SMK Banggi imbau kenangan 32 tahun lalu – PM

KUDAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatannya ke Pulau Banggi kira-kira 32 tahun lalu ketika meletakkan batu asas pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banggi yang kini menjadi satu-satunya sekolah menengah di pulau berkenaan. Menurut beliau, kunjungan ke Karakit baru-baru ini memberi makna tersendiri apabila berpeluang kembali menjejakkan kaki ke sekolah yang […]
Pusat pemprosesan avokado bakal diwujudkan di Tenom

TENOM: Sebuah pusat pemprosesan hasil pertanian khususnya avokado bakal diwujudkan di daerah ini bagi membantu meningkatkan nilai pasaran hasil tanaman petani tempatan sekali gus memperkukuh industri avokado di Sabah. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, Tenom dipilih sebagai lokasi pembinaan pusat pemprosesan itu kerana kawasan pedalaman terutama daerah berkenaan merupakan […]
PM umum lebih RM33 juta bangunkan infrastruktur, kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

KUDAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan beberapa inisiatif pembangunan bernilai lebih RM33 juta bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memenuhi keperluan asas penduduk di Pulau Banggi, di sini. Beliau berkata, inisiatif itu merangkumi peruntukan khas Kerajaan MADANI dan Jabatan Perdana Menteri bernilai lebih RM31 juta yang melibatkan pelbagai projek infrastruktur asas di pulau […]
Polis datang cari isteri ‘wanted person’, suami pula kena tahan

TAWAU: Tindakan seorang lelaki menghalang tugas polis ketika operasi mengesan individu dikehendaki membawa padah apabila dia ditahan dalam kejadian di Kampung Blok 31 Batu 17, Jalan Apas Balung, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun dipercayai enggan memberi kerjasama selain bertindak membuat provokasi terhadap anggota polis yang menjalankan Ops Kesan […]
Gara-gara mangga, ibu hampir dipukul guna kerusi kayu

TAWAU: Hanya kerana isu jualan buah mangga, seorang lelaki tergamak mengugut ibunya yang sudah berusia hingga hampir dipukul menggunakan kerusi kayu dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu, Tanah Merah, di sini, semalam. Suspek lelaki tempatan berusia 45 tahun dipercayai berang selepas seorang pelanggan membeli buah mangga daripada ibu bapanya menyebabkan mangga miliknya tidak terjual. Ketua […]
Bawa kayu curi, dua lelaki positif dadah ditahan

LAHAD DATU: Cubaan dua lelaki warga Filipina membawa 35 batang kayu bergergaji dipercayai dicuri menggunakan sebuah bot di perairan Kunak terbantut apabila mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), awal pagi tadi. Lebih mengejutkan, kedua-dua suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine selepas menjalani ujian saringan air kencing. Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, […]
Festival Bambu Sabah Telupid 2026 angkat warisan budaya tempatan ke pentas antarabangsa

TELUPID: Festival Bambu Sabah Telupid 2026 bakal menjadi antara acara pelancongan budaya terbesar di Sabah apabila menghimpunkan pelbagai aktiviti berasaskan bambu yang mengetengahkan seni, budaya, muzik tradisional dan makanan tempatan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Festival yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Mei depan di Pekan Telupid itu dianjurkan bersama Pejabat […]
Bezza panjat divider, pemandu Saga lawan arus ditahan

LAHAD DATU: Tindakan dua lelaki melakukan aksi berbahaya di jalan raya hingga tular di media sosial membawa padah apabila kedua-duanya berjaya dikesan dan ditahan polis dalam tempoh singkat. Kedua-dua kejadian membabitkan sebuah Perodua Bezza dan Proton Saga FL yang dirakam melakukan kesalahan lalu lintas berasingan di sekitar daerah ini sebelum video tular di Facebook. Ketua […]
JIM Sabah tahan 21 warga asing dalam Ops Sapu di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seramai 21 warga asing termasuk kanak-kanak ditahan dalam operasi bersepadu menerusi Ops Sapu dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar bandar raya ini, semalam. Dalam operasi itu, tiga premis diperiksa dengan seramai 40 individu menjalani pemeriksaan dokumen sebelum 21 warga asing ditahan kerana disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63. JIM Sabah dalam kenyataan […]