24 warga China dihantar pulang

SEMPORNA: Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China dihantar pulang ke negara asal selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan imigresen dalam operasi penguatkuasaan dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah. Semua PATI terbabit terdiri daripada 23 lelaki dan seorang wanita dewasa yang dihantar pulang pada 7 Mei lalu selepas ditahan menerusi Ops Kutip, Ops Mahir […]
Media digital benteng utama sebarkan budaya antirasuah kepada masyarakat

KOTA KINABALU: Peranan media dalam era digital kini menjadi antara elemen paling penting dalam memperluaskan kesedaran integriti dan budaya antirasuah kepada masyarakat. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah berkata, perkembangan teknologi dan penggunaan platform digital secara meluas menjadikan media saluran utama dalam menyampaikan maklumat berkaitan usaha pencegahan rasuah. Katanya, […]
KREATIF SABAH sokong cadangan insentif tambahan industri perfileman

KOTA KINABALU: Pertubuhan Gabungan Persatuan Kreatif Sabah (KREATIF SABAH) menyokong cadangan pemberian insentif tambahan antara lima hingga lapan peratus oleh Kerajaan Sabah bagi memperkasakan industri perfileman di negeri ini. Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, sebagai tambahan kepada rebat sedia ada Film in Malaysia Incentive (FIMI) sebanyak 30 […]
PM ke Pulau Banggi untuk lawatan kerja sehari

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual mengadakan lawatan kerja ke Pulau Banggi, Kudat, esok (Sabtu). Beliau yang dijadual tiba dengan pesawat khas di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 11 malam ini bakal menghadiri dua program di pulau berkenaan. Program pertama ialah sesi lawatan ke Pos Dogotan setibanya […]
Dua wanita tersepit selepas Proton Saga terbabas masuk parit

SANDAKAN: Dua wanita berdepan detik cemas apabila kereta Proton Saga dinaiki terbabas sebelum masuk ke dalam parit di Jalan Sungai Batang, Batu 10, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, kedua-dua mangsa 21 dan 26 tahun dilaporkan tersepit di dalam kenderaan sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
Pemilihan JKKK DUN Tamparuli cipta rekod

TAMPARULI: Proses pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di DUN Tamparuli diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Pemilihan Jawatankuasa Kampung Terbanyak Secara Serentak’. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Seri Madius Tangau, berkata pengiktirafan itu satu sejarah bagi DUN Tamparuli yang diwakilinya selepas memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 […]
Kru bot terjun laut tinggalkan 4,000 liter petrol cuba diseludup

KUDAT: Cubaan menyeludup kira-kira 4,000 liter petrol ke negara jiran gagal selepas dikesan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi di perairan Kudat, semalam. Dalam kejadian itu, sebuah bot tanpa nombor pendaftaran dipintas pasukan ronda Maritim Malaysia kira-kira 1.5 batu nautika timur laut Pulau Linggisan selepas dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan. Pengarah Zon Maritim […]
Tiga rumah musnah terbakar, warga emas sesak nafas

TAWAU: Tiga rumah tidak kekal di Kampung Titingan Laut, Blok 6, di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi menyebabkan seorang wanita warga emas mengalami sesak nafas. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Siti Jamilah, 65, diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat […]
132 warga asing ditahan dalam ops imigresen di Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Sandakan

KOTA KINABALU: Seramai 132 warga asing termasuk wanita dan kanak-kanak ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam beberapa operasi penguatkuasaan berasingan di Lahad Datu, Kota Kinabalu dan Sandakan, semalam. Operasi menerusi Ops Sapu, Ops Kutip, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar itu dijalankan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dipercayai melakukan pelbagai […]
PPM serah rampasan 7,850 liter petrol disyaki diseleweng kepada KPDN Semporna

SEMPORNA: Sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Mesra, di sini, dipercayai dijadikan tempat menyimpan petrol untuk kegiatan penyelewengan sebelum diserbu pihak berkuasa, semalam. Dalam operasi itu, sebanyak 7,850 liter minyak petrol disimpan di dalam 314 jeriken berjaya dirampas bersama dua bot laju serta dua enjin sangkut Yamaha 200 kuasa kuda (hp) yang dipercayai digunakan untuk […]