Pencarian berakhir, mangsa kedua bot karam ditemui

KOTA BELUD: Mangsa kedua bot karam di Kampung Tamau Batu Gadung, di sini, ditemui petang ini selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) masuk hari ketiga. Mangsa, Mohammad Iqram Jumaat, 23, ditemui kira-kira jam 2.45 petang oleh pasukan SAR di perairan Bira-biraan, sekitar empat kilometer dari lokasi bot dilaporkan karam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
Lelaki tular buat kekacauan ditahan, syabu dirampas

KENINGAU: Tindakan seorang lelaki yang sebelum ini tular di media sosial kerana didakwa menimbulkan kekacauan akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis bersama dadah, hari ini. Dalam serbuan jam 1.39 petang itu, lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan di belakang bangunan UPLUS 4, Jalan Masjid Pekan Keningau. Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai […]
Kastam Labuan sita tiga kontena minuman keras bernilai RM1.29 juta

LABUAN: Helah sebuah syarikat mengimport minuman keras melebihi kuota terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita tiga kontena dalam operasi di Pelabuhan Merdeka, di sini, 17 Mac lalu. Rampasan membabitkan tiga kontena bersaiz 20 kaki itu dianggarkan bernilai RM343,400, manakala jumlah duti dan cukai mencecah RM948,168.61, menjadikan keseluruhan nilai lebih RM1.29 juta. Pengarah Kastam […]
Isu 40 peratus: Keputusan muktamad perlu dibuat – Masiung

KOTA KINABALU: Satu keputusan perlu dibuat berhubung pemberian khas 40 peratus Sabah tanpa melengahkan waktu dalam siri perbincangan di meja bulat dan proses mahkamah. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Masiung Banah, menegaskan ketetapan muktamad perlu diambil bagi menamatkan spekulasi isu itu yang terus berlegar dalam perdebatan di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Ketetapan itu […]
Dua lelaki ditahan, syabu 100.20 gram disorok dalam lampin bayi

SEMPORNA: Taktik menyembunyikan dadah dalam lampin pakai buang tidak menjadi apabila dua lelaki ditahan bersama syabu seberat 100.20 gram dalam serbuan di Bandar Baru Seafront, di sini, semalam. Serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) selepas menjalankan pemantauan di sekitar Jalan Causeway. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Tan Hiap Wah berkata, pemeriksaan […]
Polis kesan waris lelaki meninggal dunia di bilik sewa

KOTA KINABALU: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan waris kepada seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia di sebuah bilik sewa di Bandaran Berjaya, di sini, pada 19 April lalu. Polis Daerah Kota Kinabalu menerusi kenyataan hari ini di Facebook memaklumkan, si mati dikenali sebagai Low Yook Nam, 75, berbangsa Cina. Menurut kenyataan itu, […]
Pemantauan di Gunung Kinabalu terkawal, tiada insiden dilaporkan

RANAU: Pasukan Mountain Search and Rescue Team (MOSAR) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menjalankan pemantauan keselamatan di sekitar Gunung Kinabalu susulan kejadian gegaran yang dilaporkan, awal pagi tadi. Operasi pemantauan bermula kira-kira jam 10.30 pagi membabitkan rondaan di laluan pendakian utama serta kawasan berisiko termasuk lokasi batu longgar dan berpotensi berlaku runtuhan […]
Tokoh wartawan Sabah Joseph Bingkasan meninggal dunia

KOTA KINABALU: Dunia kewartawanan Sabah kehilangan seorang tokoh berpengaruh apabila bekas Ketua Bahagian Editorial New Straits Times (NST) Sabah dan Sarawak, Joseph Bingkasan, meninggal dunia dipercayai akibat kanser di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II), di sini, pada jam 3.56 pagi tadi. Pemergian wartawan veteran berusia 71 tahun itu disahkan anaknya, Lester J Bingkasan yang […]
Penganjur Songkran Sunset Splash Run tidak peka masalah air penduduk KK – Tham

KOTA KINABALU: Penganjur Songkran Sunset Splash Run dan pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal mengambil kira sensitiviti masyarakat apabila mengadakan program ‘pesta air’ itu ketika ramai penduduk di bandar raya ini berdepan gangguan bekalan air. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook, berkata kecaman terhadap penganjur dan pihak berkuasa bukan disebabkan budaya yang dibawa […]
Op Gempur Khas: Dua lelaki positif syabu ditahan di Telipok Ria

TUARAN: Dua lelaki ditahan dalam Op Gempur Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah di tepi jalan Taman Telipok Ria, Tuaran, semalam selepas didapati positif dadah. Kedua-dua suspek berusia 40 dan 31 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan sebelum dibawa ke BSJND Tuaran untuk ujian saringan awal air kencing. Hasil ujian mendapati kedua-duanya positif methamphetamine […]