Penganjur Songkran Sunset Splash Run tidak peka masalah air penduduk KK – Tham

KOTA KINABALU: Penganjur Songkran Sunset Splash Run dan pihak berkuasa tempatan (PBT) gagal mengambil kira sensitiviti masyarakat apabila mengadakan program ‘pesta air’ itu ketika ramai penduduk di bandar raya ini berdepan gangguan bekalan air. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook, berkata kecaman terhadap penganjur dan pihak berkuasa bukan disebabkan budaya yang dibawa […]
Op Gempur Khas: Dua lelaki positif syabu ditahan di Telipok Ria

TUARAN: Dua lelaki ditahan dalam Op Gempur Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah di tepi jalan Taman Telipok Ria, Tuaran, semalam selepas didapati positif dadah. Kedua-dua suspek berusia 40 dan 31 tahun itu ditahan dalam keadaan mencurigakan sebelum dibawa ke BSJND Tuaran untuk ujian saringan awal air kencing. Hasil ujian mendapati kedua-duanya positif methamphetamine […]
Kontraktor elektrik terbabas, rempuh tiang lampu

TAWAU: Perjalanan pulang seorang kontraktor elektrik bertukar detik cemas apabila kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang lampu dalam kejadian kemalangan di Batu 11, Jalan Apas, semalam. Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, jip jenis Isuzu dipandu lelaki berusia 44 tahun bersama seorang penumpang lelaki, 41, dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di lokasi kejadian. Ketua […]
Gempa bumi di Kundasang

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 skala Richter dikesan berlaku di Kundasang pada jam 3.02 pagi tadi. Berdasarkan info dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa bumi berlaku di koordinat 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur. Pusat gempa itu terletak lapan kilometer di barat laut Ranau dengan kedalaman 10 kilometer. MetMalaysia berkata, gegaran mungkin […]
Bas ekspres musnah terbakar di Jalan Semporna – Kunak

SEMPORNA: Sebuah bas ekspres dua tingkat musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Semporna-Kunak, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999 pada jam 10.49 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian. Katanya, jentera bomba yang membawa lapan anggota tiba di lokasi kira-kira […]
Diesel 2,100 liter cuba diseleweng, dua ditahan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menggempur sebuah stor penyimpanan minyak diesel di Kampung Batu 11, Jalan Seguntor, di sini, petang tadi, dan menahan dua lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kegiatan penyelewengan bahan bersubsidi. Serbuan kira-kira jam 2.45 petang itu dilakukan hasil maklumat risikan berkaitan aktiviti pemindahan minyak diesel secara tidak sah. Komander […]
SAR hari kedua: Seorang masih hilang di perairan Kota Belud

KOTA BELUD: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua mangsa bot karam di perairan Kampung Tamau Batu Gadung, di sini, hari ini diteruskan dengan pencarian diperluas sehingga radius lima kilometer, namun seorang mangsa masih belum ditemui. Operasi yang bermula seawal jam 8.05 pagi itu memfokuskan kawasan sekitar lokasi bot karam dan muara Sungai Batu Gadung […]
Penjawat awam ditahan kes dokumen palsu RM1.3 juta

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kerja pembersihan bernilai kira-kira RM1.3 juta. Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu. Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek yang […]
Perjalanan ke sukan sekolah berakhir tragedi

KENINGAU: Perjalanan seorang pelajar Tingkatan Empat untuk menghadiri sukan sekolah berakhir tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Keningau – Apin Apin, berhadapan SMK Keningau 2, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, mangsa, Jumir Andoroh, 16, yang dalam perjalanan ke Kompleks Sukan Keningau dilaporkan […]
Kampung air perlukan pembaharuan elak bencana kebakaran

KOTA KINABALU: Kebakaran besar yang meranapkan kira-kira 1,000 rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan pada Ahad wajar dijadikan peringatan mengenai keperluan melaksanakan pembaharuan menyeluruh terhadap penempatan kampung air di negeri ini. Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah, berkata insiden itu bukan saja membawa kemusnahan, malah menyebabkan penderitaan besar yang ditanggung mangsa apabila […]