Search

Kampung air perlukan pembaharuan elak bencana kebakaran

KOTA KINABALU: Kebakaran besar yang meranapkan kira-kira 1,000 rumah atas air di Kampung Bahagia, Sandakan pada Ahad wajar dijadikan peringatan mengenai keperluan melaksanakan pembaharuan menyeluruh terhadap penempatan kampung air di negeri ini. Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah, berkata insiden itu bukan saja membawa kemusnahan, malah menyebabkan penderitaan besar yang ditanggung mangsa apabila […]

Mayat lelaki ditemui dalam longkang tepi jalan

PENAMPANG: Sekumpulan pekerja pemotong rumput digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam longkang di tepi Jalan Bundusan, di sini, petang ini. Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui dalam keadaan tertiarap, lengkap berpakaian dan dipercayai sudah mulai kembung, kira-kira jam 3.15 petang. Salah seorang daripada mereka kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis. Timbalan Ketua Polis […]

Warisan minta agensi kerajaan, NGO, orang ramai bantu mangsa kebakaran Kampung Bahagia

SANDAKAN: Parti Warisan meminta agar agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan orang ramai supaya tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, di sini. Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata mangsa memerlukan bantuan penempatan sementara, keperluan makanan, pakaian, peralatan asas dan bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka. Beliau menegaskan bahawa kebajikan […]

Penganjur Songkran Sunset Splash Run diambil tindakan – DBKK

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengambil tindakan terhadap penganjur Songkran Sunset Splash Run selepas program itu didapati memberi kesan kepada kebersihan dan keselamatan awam. Tindakan itu, jelasnya selaras dengan peruntukan undang-undang dan garis panduan yang berkuatkuasa. Menerusi satu kenyataan pada Isnin, DBKK menegaskan ia memandang serius perkara itu kerana melibatkan kepatuhan kepada […]

RM2,000 bantuan permulaan kepada KIR mangsa kebakaran Kampung Bahagia – KM

SANDAKAN: Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, di sini, yang memusnahkan hampir 1,000 rumah dalam kejadian pada pagi Ahad. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri amat bersimpati terhadap nasib mangsa yang terjejas dalam kebakaran yang disifatkan sebagai antara terbesar melibatkan kawasan penempatan berkenaan. “Hari ini […]

Bot terbalik: Seorang disahkan meninggal dunia, seorang lagi masih hilang

KOTA BELUD: Seorang daripada dua mangsa yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik di perairan Kampung Tamau Batu Gadung, di sini, petang tadi, disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Kota Belud. Mangsa Mohd Dzul Nazri Abdul, 18, sebelum ini ditemui orang awam kira-kira jam 9.50 malam sebelum dibawa penduduk kampung ke hospital […]

Sabah FC juara Piala Cabaran MFL

KOTA KINABALU: Sabah FC muncul juara Piala Cabaran MFL selepas menewaskan Penang FC menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 dalam perlawanan akhir yang berlangsung penuh dramatik di Stadium Likas, di sini, malam ini. Perlawanan yang disaksikan lebih 20,000 penyokong itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sepanjang masa perlawanan termasuk masa tambahan, sekali gus menjadikan agregat keseluruhan […]

Remaja mabuk dirogol, suspek 28 tahun ditahan

TAWAU: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol selepas dipercayai dibawa keluar dari sebuah kelab malam di kawasan Kubota Central, di sini sebelum dibawa ke sebuah hotel, semalam. Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan berada dalam keadaan mabuk dan lemah sebelum dibawa seorang lelaki menaiki kenderaan pacuan empat roda. Mangsa kemudian menyedari dirinya dirogol ketika berada di […]

Bot terbalik ketika memancing, dua lelaki hilang enam rakan selamat

KOTA BELUD: Dua lelaki dikhuatiri lemas, selepas bot dinaiki mereka terbalik ketika keluar memancing di perairan Kampung Tamau Batu Gadung, di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, bot membawa lapan individu dipercayai dipukul ombak sebelum terbalik di muara sungai, dengan dua mangsa berusia 23 dan 18 tahun dikhuatiri lemas. Enam mangsa bagaimanapun […]

Kanak-kanak 5 tahun hilang, dikhuatiri dibaham buaya

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana, di sini, pagi tadi. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Mohd Hamka Mustamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi melalui talian MERS999. Katanya, […]