Search

Kanak-kanak 5 tahun hilang, dikhuatiri dibaham buaya

LAHAD DATU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana, di sini, pagi tadi. Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Mohd Hamka Mustamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi melalui talian MERS999. Katanya, […]

Mayat lelaki ditemui di Jalan Gaya, polis kesan waris

KOTA KINABALU: Polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan waris seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah premis di Jalan Jati berhampiran kawasan Jalan Gaya, di sini, semalam. Menerusi kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, hari ini, pihaknya memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada jam 9.38 pagi melalui MERS 999 […]

SK Simpangan, Paitan dipindah ke lokasi bebas banjir – James Ratib

PAITAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, di sini, yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir awal tahun ini akan dipindahkan ke lokasi baharu yang lebih selamat. Pemindahan tapak sekolah itu disahkan Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib, selepas meninjau keadaan sekolah itu pada Sabtu. Katanya, pemindahan ke tapak baharu itu penting bagi memastikan […]

Hampir 11 jam bergelut padam kebakaran Kampung Bahagia, 1,000 rumah musnah

SANDAKAN: Hampir 11 jam bertarung dengan api, kebakaran besar yang memusnahkan penempatan atas air Kampung Bahagia di sini, akhirnya berjaya dipadamkan sepenuhnya tengah hari tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, dianggarkan 1,000 rumah tidak kekal musnah sepenuhnya, sekali gus menyebabkan ribuan penduduk hilang tempat tinggal. Ketua Zon 6 Sandakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat […]

8,000 hilang tempat tinggal, 1,000 rumah musnah

SANDAKAN: Sekurang-kurangnya 8,000 penduduk hilang tempat tinggal selepas kira-kira 1,000 rumah musnah dalam kebakaran di penempatan atas air Kampung Bahagia, Batu Sapi, di sini, awal pagi tadi. Ketua Kampung Bahagia, Sharif Hashim Sharif Titing berkata, hampir 90 peratus kediaman di kampung itu terbakar, sekali gus menjadikannya kebakaran paling besar pernah direkodkan di kawasan berkenaan. Menurutnya, […]

Bantuan segera disalur kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Sandakan – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menggerakkan semua agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan dan menyediakan bantuan segera kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia, Batu Sapi di Sandakan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi perkongsian di Facebook beliau, berkata tindakan segera itu demi kebajikan lebih 400 mangsa dalam kebakaran besar itu. “Saya amat berdukacita menerima laporan kebakaran besar […]

37 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan JIM Sabah

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah terus mempergiat operasi penguatkuasaan apabila menahan seramai 37 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam beberapa operasi bersepadu yang dijalankan, pada Jumaat. Dalam operasi di sekitar Kota Kinabalu, sepasukan pegawai penguat kuasa JIM memeriksa seramai 75 individu yang terdiri daripada 45 warganegara Malaysia dan 30 warga Filipina. […]

200 rumah atas air musnah terbakar di Kampung Bahagia

SANDAKAN: Kira-kira 200 rumah atas air di Kampung Bahagia, Batu Sapi, di sini musnah dalam kejadian awal pagi tadi apabila api marak menjulang tinggi, menerangi keseluruhan kawasan penempatan berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kebakaran merebak pantas di kawasan penempatan padat, diburukkan lagi faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat antara satu […]

AKPS rampas sayap ayam RM1.5 juta gagal isytihar di Pelabuhan Sepanggar

KOTA KINABALU: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) merampas empat kontena berisi sayap ayam seberat kira-kira 80,000 kilogram bernilai hampir RM1.5 juta selepas disyaki tidak diisytiharkan di Pelabuhan Sepanggar, di sini, Rabu lalu. Rampasan dibuat menerusi operasi pemeriksaan AKPS Dermaga Kota Kinabalu dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kira-kira jam 2.10 petang hasil maklumat […]

Pastikan wakil kerajaan menang di Kota Marudu pada PRU16 – Hajiji

KOTA MARUDU: Kerjasama baik pemimpin parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Parlimen Kota Marudu diwakili wakil rakyat kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) yang dijangka diadakan tahun depan. Keyakinan itu disuarakan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berdasarkan kedudukan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) […]