Search

Lebih 200 pelajar Sabah di Terengganu disantuni, B40 diberi keutamaan biasiswa

TERENGGANU: Lebih 200 pelajar Sabah yang menuntut di Terengganu disantuni dalam Program Roadshow Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah Zon Pantai Timur 2026, hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah merangkap Exco Agama negeri, Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu membabitkan pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Menurutnya, program […]

Layanan saksama jadi keutamaan HQE, agihan katil ikut keperluan klinikal

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menegaskan Hospital Queen Elizabeth (HQE) komited memastikan layanan saksama kepada semua pesakit tanpa mengira latar belakang, dengan pengagihan katil dilaksanakan secara telus berdasarkan keperluan klinikal serta kekosongan semasa. Penegasan itu dibuat menerusi kenyataan media bagi menjawab isu “zero pending” di Jabatan Kecemasan dan Trauma serta dakwaan ugutan kakitangan dan […]

Pemuda Gagasan Rakyat buat laporan polis, dakwaan jual Sabah fitnah

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat tampil membuat laporan polis berhubung satu hantaran di Facebook (FB) yang didakwa memfitnah Ketua Menteri Sabah berkaitan isu Pulau Sebatik. Pemangku Ketua Pemuda Gagasan, Datuk Azrul Ibrahim berkata, tindakan itu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap individu terbabit mengikut undang-undang sedia ada, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. […]

Dron ‘perhati’ pemandu degil potong garisan berkembar dalam Ops Didik

RANAU: Tindakan pemandu yang berani memotong di garisan berkembar akhirnya ‘kantoi’ apabila dipantau menggunakan dron dalam Op Didik yang dijalankan di Jalan Ranau – Tamparuli, di sini, semalam. Operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau itu dijalankan di KM 3 dan KM 9 dengan penempatan anggota di dua […]

Seorang maut, seorang cedera kemalangan di Tongod

KINABATANGAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira di Kampung Napagang Tongod, di sini, petang tadi. Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Jasaria Bulinau, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Seorang lagi mangsa lelaki yang identitinya belum diperoleh dilaporkan cedera dan dihantar ke hospital […]

KM tiada kaitan ‘serangan’ cyber troopers, tuduhan tidak berasas – Azrul

KOTA KINABALU: Pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim menafikan sebarang kaitan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dengan serangan ‘cyber troopers’ terhadap seorang pempengaruh media sosial. Beliau berkata, Ketua Menteri tidak pernah mengamalkan politik sempit untuk menyerang peribadi mana-mana pihak, sesuai dengan karakter beliau sebagai seorang pemimpin yang berhemah […]

Rumah jadi stor, lebih 1 tan minyak masak paket disita

SANDAKAN: Lebih 1,139 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi di sita dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan stor simpanan barang kawalan di Sandakan, malam tadi. Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan pada jam 9.47 malam itu turut menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang disyaki bertanggungjawab. Ketua Pegawai Penguat […]

Serah diri bawa ekor pari

TAWAU: Seorang lelaki menyerah diri kepada polis sambil membawa ekor pari yang dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa dalam kejadian di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, suspek warga asing berusia lingkungan 30-an tampil ke Pondok Polis Kawasan (PPK) Titingan sebelum mengaku terbabit dalam insiden berkenaan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin […]

Cubaan seludup barang kawalan guna bot pam gagal

KUDAT: Cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup barang kawalan menggunakan bot pam gagal apabila dia ditahan dalam operasi di muara Sungai Kampung Kimihang, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, lelaki berusia 45 tahun berkenaan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah sebelum kes diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kudat […]

Penunggang maut motosikal bergesel kereta memotong di garisan berkembar

RANAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas bergesel dengan sebuah kereta yang memotong di garisan berkembar sebelum terperosok di bawah sebuah lori dalam kejadian di Jalan Ranau – Kota Belud, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan […]