Lahad Datu lokasi pelancaran roket, satelit Asia Tenggara

LAHAD DATU: Lahad Datu berpotensi tinggi dijadikan sebagai lokasi strategik tapak pelancaran roket atau satelit di rantau Asia Tenggara. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata jika tiada halangan, perkara itu dijangka direalisasikan dalam beberapa tahun akan datang. “InsyaAllah dalam beberapa tahun akan datang, kalau tiada aral melintang, Lahad Datu inilah yang terbaik untuk dijadikan […]
Wanita disamun di dobi, suspek ditahan hari sama

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun bagi membantu siasatan kes samun yang menyebabkan seorang wanita cedera dalam kejadian di sebuah premis dobi di Alamesra, di sini, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Abdul Rahman berkata, suspek ditahan di kawasan Inanam pada hari sama kejadian selepas risikan […]
Pegawai ladang didenda RM48,000 miliki haiwan dilindungi

SANDAKAN: Seorang pegawai ladang didenda RM48,000 selepas mengaku bersalah memiliki haiwan spesies dilindungi ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Sandakan, pada Khamis. Tertuduh, Hendry Rayner Endim, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 41(2) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslinda Razali. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki tiga bangkai ular […]
Waspada suhu sangat rendah di puncak Kinabalu – TTS

KOTA KINABALU: Taman-Taman Sabah (TTS) mengingatkan pendaki Gunung Kinabalu, termasuk malim gunung, porter dan petugas, khususnya yang berada berdekatan puncak di Panalaban supaya mengambil langkah sesuai berdepan suhu sejuk yang boleh mencapai tahap beku. Peringatan itu berikutan penemuan ais di sekitar Panalaban pada pagi Khamis, berpunca daripada suhu sangat rendah di kawasan itu. Menerusi satu […]
Sorok dadah dalam tin makanan, hantar ke Sabah guna kurier

KUALA LUMPUR: Taktik licik sindiket dadah menyembunyikan bahan terlarang dalam tin makanan sebelum dihantar ke Sabah menggunakan perkhidmatan kurier terbongkar dalam operasi besar-besaran Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN). Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kegiatan itu dikesan menerusi Op Icerya hasil kerjasama risikan antara agensi sebelum tiga siri serbuan dilancarkan di sekitar […]
8 rumah terbakar di Kudat, seorang lelaki melecur

KUDAT: Lapan rumah terjejas dalam kebakaran di Kampung Gumpa, di sini, pagi tadi dengan seorang lelaki berusia 46 tahun melecur di bahagian bahu belakang. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, lima rumah separuh kekal terbakar 90 peratus, dua rumah tidak kekal musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi rumah jenis kekal hanya terbakar 10 peratus. Kebakaran […]
ADUN Warisan nafi terima peruntukan kerajaan

KOTA KINABALU: Pemimpin Parti Warisan pada Khamis menafikan dakwaan yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili parti itu menerima peruntukan kerajaan. Menerusi satu kenyataan bersama, tujuh ADUN Warisan dari sekitar Kota Kinabalu, berkata mereka memandang serius penyebaran perkara tidak benar itu yang semakin berleluasa. “Kebelakangan ini, kami memandang serius penyebaran berita palsu yang semakin […]
RM437.9 juta untuk pembangunan modal insan tahun ini – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM437.93 juta bagi memperkasa dan membangunkan modal insan yang merangkumi aspek akademik dan spiritual pada tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata penyediaan peruntukan itu sejajar komitmen kerajaan negeri mengutamakan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi untuk meningkatkan ekonomi Sabah. “Ia adalah platform terbaik untuk membawa ekonomi Sabah beralih […]
Dua kes petrol disyaki diseleweng di Semporna, lebih 1,300 liter dirampas

SEMPORNA: Lebih 1,300 liter minyak petrol disyaki cuba diseleweng dirampas dalam dua kes berasingan di sini, pada 15 April lalu. Rampasan itu membabitkan nilai keseluruhan dianggarkan lebih RM55,000 hasil tindakan penguatkuasaan dijalankan oleh beberapa agensi sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Semporna. Dalam kes pertama, tangkapan dilakukan oleh […]
Kereta hilang kawalan rempuh pelanggan kedai kopi

PENAMPANG: Dua pelanggan sebuah kedai kopi di Nambazan, di sini, cedera ringan selepas dirempuh kenderaan yang hilang kawalan ketika sedang menikmati hidangan, dalam kejadian yang tular di media sosial. Kejadian jam 5.27 petang, pada Selasa itu berlaku di Jalan Papar Lama, Uptown Nambazan itu melibatkan dua kenderaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah […]