Search

Polis beri amaran, calling centre penipuan terus diburu

KOTA KINABALU: Polis Sabah memberi amaran tegas akan terus memburu dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pusat panggilan (calling centre) penipuan atas talian di negeri ini. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, amaran itu susulan kejayaan polis menumpaskan sindiket yang beroperasi di sebuah resort di sini, awal bulan […]

Lelaki memandu bawah pengaruh alkohol ditahan

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Bundusan, di sini, awal pagi tadi. Dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu, suspek ditahan selepas pemeriksaan mendapati kandungan alkohol dalam badannya melebihi had dibenarkan. Timbalan Ketua Polis Daerah […]

Anak ugut bakar ibu, menantu ditahan

TAWAU: Hanya kerana ditegur pulang lewat malam, seorang lelaki tergamak mengugut untuk membakar serta memukul ibu kandungnya yang berusia kira-kira 80 tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Imam, di sini. Dalam kejadian itu, mangsa yang berada di rumah menegur anak lelakinya yang kerap pulang lewat, namun teguran berkenaan menimbulkan kemarahan suspek. Situasi menjadi tegang apabila […]

Tiga penjawat awam termasuk 2 pegawai direman kes rasuah RM500,000

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan di sebuah daerah di negeri ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000. Rasuah itu dipercayai sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. Perintah reman sehingga 22 April […]

31 PATI ditahan dalam operasi dua hari di Kundasang

RANAU: Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar Kundasang, di sini, semalam hingga pagi tadi. Operasi dijalankan di empat lokasi berasingan itu membabitkan 18 pegawai JIM Sabah dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah berkenaan. Menurut kenyataan JIM Sabah, […]

Warga emas diperintah jalani pemerhatian mental

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu memerintahkan seorang warga emas yang dikaitkan dengan pembunuhan seorang wanita dikerat beberapa bahagian menjalani pemerhatian mental di Hospital Mesra Bukit Padang, di sini. Majistret Dzul Elmy Yunus memerintahkan tertuduh, Piluta Samad, 71, menjalani pemerhatian mental selama 30 hari. Penghakiman itu dibuat selepas Dzul Elmy membenarkan permohonan pasukan […]

Royal Mess Night sempena Ulang Tahun Kelahiran Tun Musa

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag pada Selasa menghadiri ‘Royal Mess Night’ sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-75 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. Majlis itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dekat sini. Hajiji dan isteri tiba pada kira-kira jam […]

Mohd Saifullah tampil beri kerjasama kepada SPRM

KOTA KINABALU: Individu yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, tampil menjelaskan perkara berkenaan. Dalam kenyataan media malam ini, beliau memaklumkan sudah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi pegawai penyiasat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kes itu. Beliau memaklumkan tindakan itu diambil sejurus menerima maklumat mengenai hebahan pencarian […]

25 finalis UNK mara ke pusingan kedua, semua 52 peserta layak ke pentas akhir

PENAMPANG: Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Peringkat Negeri Sabah 2026 menjelaskan bahawa kesemua 52 finalis pertandingan itu akan tetap mengambil bahagian dalam Pertandingan Akhir yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei depan. Penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan susulan kenyataan berkaitan format penilaian pertandingan berkenaan sempena Pesta Kaamatan tahun ini. Menurut kenyataan rasmi jawatankuasa itu hari […]

SPRM cari Mohd Saifullah bantu siasatan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan satu kes yang sedang dijalankan. Individu berkenaan dikenali sebagai Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, 35, yang merupakan warganegara Malaysia. Menurut kenyataan SPRM hari ini, lelaki itu mempunyai alamat terakhir di KM 2, Jalan Bubul, Peti Surat 351, 91308 […]