Search

ECoS santuni komuniti, bantu pusat OKU dan autisme

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) terus memperkukuh peranan sosialnya apabila melaksanakan Program Khidmat Budi dengan mengunjungi Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (OKU) Sembulan serta Pusat Autism Sabah (PAUS), hari ini. Inisiatif berteraskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu menyaksikan ECoS menyampaikan sumbangan berupa peralatan keperluan harian bagi menyokong operasi kedua-dua pusat berkenaan, sekali gus memudahkan […]

Rakam CCTV dedah penyelia curi duit rakan

TAWAU: Tindakan seorang penyelia bengkel yang dipercayai ‘mengambil kesempatan’ mencuri wang rakan sekerja akhirnya terbongkar selepas perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kilang di Jalan Apas, di sini. Dalam kejadian Ahad lalu, suspek lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai memasuki pejabat mangsa walaupun premis tidak beroperasi pada hujung minggu sebelum mengambil wang tunai […]

Piala Cabaran: Tiket percuma kepada penyokong, bonus untuk pasukan – Nizam

KOTA KINABALU: Seramai 2,000 peminat bola sepak dan penyokong Sabah FC berpeluang mendapatkan tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala Cabaran menentang Penang FC di Stadium Likas, pada 19 April ini. Jika menang, pasukan Sabah FC turut dijanjikan bonus atas kejayaan yang dicapai setelah sekian lama berdepan kemarau piala kejuaraan. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan […]

KPDN Sabah gempur sindiket seleweng diesel, rampasan lebih RM22,000

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dengan nilai rampasan melebihi RM22,000 menerusi operasi Ops Tiris 4.0, pada Isnin. Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 12.05 tengah hari itu hasil risikan Unit Risikan Sabah sebelum membawa kepada tindakan penguatkuasaan di sebuah stesen minyak di sekitar […]

Bawa ‘taji ayam’, lelaki ditahan

TAWAU: Tindakan seorang lelaki membawa senjata berbahaya mengundang padah apabila dia dicekup polis dalam operasi di Kampung Bukit Kukusan, Jalan Tanjung Batu, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suspek berusia 59 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten […]

Aliakbar sedia platform digital terima aduan rakyat di Karambunai

KOTA KINABALU: Masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai kini boleh berurusan secara digital menerusi Pusat Aduan Rakyat Digital (Kara-Di) bagi mengemukakan sebarang aduan. Inisiatif itu yang dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Dr Aliakbar Gulasan melengkapkan peranan Pejabat Pusat Khidmat N16 Karambunai yang turut dilancarkan serentak pada Ahad. Katanya, dua kemudahan […]

Jaujan sihat, dakwaan telah meninggal dunia tidak berperikemanusiaan – Shafie

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menegaskan bahawa bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong, berada dalam keadaan sihat dan terus menjalankan tugas seperti biasa. Beliau berkata demikian bagi menafikan penyebaran berita palsu yang mendakwa Jaujan telah meninggal dunia, yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab serta tidak berperikemanusiaan. Menurutnya, dalam apa […]

Minyak paket cuba diseludup, juragan ditahan Maritim Malaysia

TAWAU: Taktik penyeludupan secara kecil-kecilan tetapi berulang akhirnya terbongkar apabila sebuah bot kargo tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau, tengah hari tadi. Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, bot berkenaan dipintas di 1.5 batu nautika di utara Muara Sungai Aji Kuning ketika bergerak laju menuju ke Pulau Sebatik dalam […]

Serah terima tugas Ketua Siasatan Jenayah Narkotik Lahad Datu

LAHAD DATU: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Lahad Datu berlangsung di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, hari ini. Majlis itu menyaksikan penyerahan tugas daripada Asisten Superintendan Polis (ASP) Bakar Jasa kepada Inspektor Romi Asparin yang kini memangku jawatan berkenaan, disaksikan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, […]

MoU SOGDC-EA Gibson dan beberapa syarikat bangunkan hab tenaga di SOGIP

KOTA KINABALU: Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) pada Isnin memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat antarabangsa bagi membangunkan hab tenaga di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP). Ia berkaitan kerjasama strategik dan komersial pembangunan hab tenaga di SOGIP yang disasar mampu memperkukuh daya saing Sabah dalam industri minyak dan […]