Dua maut motosikal langgar belakang kereta

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka merempuh bahagian belakang sebuah kereta dalam kejadian di Jalan UMS berhadapan Mini Putrajaya, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II). Pemangku Ketua Polis Daerah Kota […]
Projek ada keperluan mendesak diutamakan – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu keutamaan diberikan kepada projek keperluan mendesak dan boleh dilaksanakan dengan segera serta memberi manfaat cepat kepada rakyat, khususnya di bawah institusi pendidikan dan hospital. Berdasarkan laporan MyProjek, katanya Sabah menerima peruntukan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebanyak RM6.59 bilion meliputi 1,233 projek atau program yang menunjukkan komitmen […]
Seleweng diesel tumpas lima ditahan, 6,230 liter dirampas

PENAMPANG: Kegiatan penyelewengan minyak diesel terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menyerbu sebuah premis di Kampung Kibabig, di sini, semalam. Dalam serbuan itu, lima lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan, manakala pelbagai peralatan termasuk sebuah lori tangki dan pam elektrik yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan turut dirampas. Komander Pasukan Polis Marin […]
PERTISA intai peluang sektor pelancongan, pertanian tingkatkan ekonomi artis Sabah

TAMPARULI: Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA) menggariskan beberapa usaha baharu untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi artis tempatan negeri ini, termasuk melalui bidang pelancongan dan pertanian. Ia antara matlamat dan perancangan persatuan itu yang bakal dilaksanakan bermula tahun ini hingga 2028, selain mengembangkan lagi industri muzik dan hiburan tempatan. Presidennya, Guadik Ansiw, yang dipilih mengetuai semula […]
KPDN Sabah tumpas penyelewengan diesel bersubsidi dalam Ops Tiris 4.0

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 4.0 yang dilaksanakan di sekitar bandar raya ini, pada 10 April lalu. Pengarah KPDN Sabah, Shahril Nizam Shahidin, berkata kejayaan itu hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap aktiviti mencurigakan di beberapa stesen minyak […]
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 30 tong gas bersubsidi di perairan Tawau

TAWAU: Cubaan menyeludup keluar sebanyak 30 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke negara jiran berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dalam satu operasi di perairan daerah ini, semalam. Pengarah Zon Maritim Tawau, Ariffin Ghazali, berkata kejayaan itu hasil maklumat risikan yang diterima ketika bot peronda agensi berkenaan menjalankan Op […]
Bapa maut dipijak gajah liar depan anak

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas maut selepas dipijak gajah liar dalam kejadian di kawasan Ladang Begahak 2, Jalan Tungku, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 69 tahun disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah, termasuk patah tulang kaki betis dan tulang rusuk. Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama […]
13 serbuan, rampasan lebih RM4.1 juta

LAHAD DATU: Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatat 13 serbuan dengan 24 kes kejayaan sepanjang Mac 2026, membabitkan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM4.13 juta. Menerusi hantaran di Facebook rasmi Batalion 17 PGA Lahad Datu, operasi berkenaan dilaksanakan Cawangan Risik/Task Force Ibu Pejabat Batalion (IP) diketuai Inspektor Mohd Nazari Edris bersama Op Taring ESSZONE Kompeni […]
Tiada kenderaan, kereta orang jadi sasaran

KENINGAU: Tindakan dua lelaki mencuri kereta dengan alasan mahu dijadikan kenderaan kegunaan harian akhirnya membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam tempoh kurang 24 jam. Dalam kejadian jam 5.15 petang semalam di Kampung Bulu Silou, di sini sebuah Proton Iswara Aeroback berwarna coklat dilaporkan hilang ketika enjin kenderaan itu dipanaskan di tepi rumah pemiliknya. Ketua […]
Mangsa kedua kemalangan lima kenderaan meninggal dunia

LAHAD DATU: Seorang lagi mangsa kemalangan lima kenderaan di Kilometer 14, Jalan Lahad Datu – Tawau, di sini, disahkan meninggal dunia, menjadikan jumlah korban kini dua orang. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, semalam di Kilometer 14 jalan berkenaan, kemalangan membabitkan dua kereta, sebuah lori, sebuah motosikal dan sebuah jentera berat jenis Hitachi. Ketua Polis […]