Anak beruang madu ‘sesat’ masuk kampung, panjat pokok kelapa

KENINGAU: Kehadiran seekor anak Beruang Madu di Kampung Bariawa Laut, di sini, pagi tadi mengejutkan penduduk apabila haiwan itu ditemui memanjat pokok kelapa di kawasan kampung. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, haiwan berstatus terancam yang kebiasaannya mendiami hutan tebal berkenaan dipercayai ‘tersesat’ sebelum disedari orang awam. Susulan itu, penduduk kampung bertindak pantas dan […]
Wanita maut, empat cedera dalam nahas lima kenderaan

LAHAD DATU: Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Batu 8, Jalan Silam, di sini, petang tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.55 petang sebelum sepasukan 11 anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian. Beliau berkata, […]
Enam lelaki warga asing ditahan susulan video tular bergaduh

PAITAN: Enam lelaki warga asing ditahan yang dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan di Kampung Kubambangan di sini, petang semalam. Keenam-enam lelaki warga Pakistan itu ditahan hari ini selepas laporan polis dibuat mangsa pada jam 6.49 petang semalam. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam ketika […]
74 ‘scammer’ warga China dilanjut tahanan reman

TAWAU: Perintah tahanan reman terhadap 74 warga China yang dipercayai terbabit sindiket penipuan dalam talian selepas ditahan di sebuan resort, di sini, Selasa lalu, disambung antara dua hingga tiga hari lagi setelah tempoh sebelum ini tamat hari ini. Lanjutan tempoh tahanan reman itu diberikan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas membenarkan permohonan Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti […]
Murid SK Balaban Jaya dipindah ke SK Pekan Beluran, pengangkutan disediakan – KPM

KOTA KINABALU: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya, Beluran akan dipindahkan sementara ke SK Pekan Beluran sehingga pembinaan bangunan baharu sekolah itu siap. Tindakan segera itu dijelaskan Kementerian Pendiidkan (KPM) menerusi satu kenyataan pada Sabtu berikutan laporan ketidakselesaan murid SK Balaban Jaya yang terpaksa belajar di bawah khemah dan kaki lima masjid. “KPM prihatin terhadap […]
KPDN Sabah, TLDM perkukuh kerjasama strategik

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Timbalan Panglima Armada Timur ke pejabat agensi itu, semalam. Kunjungan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 4, KPDN Sabah itu menjadi platform mengeratkan hubungan strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam […]
Ops Mabuk kesan 2 lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol

PENAMPANG: Dua lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk yang dijalankan di Jalan Pintas, di sini, awal pagi tadi. Operasi berkenaan dilaksanakan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, kedua-dua individu itu ditahan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan […]
Sindiket seleweng diesel tumpas, rampasan keseluruhan lebih RM1.1 juta

TAWAU: Kegiatan penyelewengan minyak diesel terbongkar selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menyerbu sebuah gudang di Jalan Sin San, di sini, petang tadi. Serbuan kira-kira jam 5 petang itu dilakukan selepas pasukan menjalankan risikan dan mengekori sebuah lori 21 tan jenis Nissan yang mencurigakan ke lokasi berkenaan. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad […]
‘Saya tidak boleh hantar surat letak jawatan kepada semua bos saya’ – Madius

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau enggan meletak jawatan sebagai wakil rakyat yang dipegangnya walaupun didesak berbuat demikian kerana lantang mendesak kerajaan berhubung isu 40 peratus. Beliau turut menyifatkan desakan itu tidak dapat dilaksanakan kerana ‘bosnya’ terlalu ramai dan sukar untuknya menghantar surat jika mahu meletak jawatan kepada semua ‘bos’ yang beliau […]
55 PATI ditahan, JIM Sabah perketat operasi sekitar KK

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah terus mempergiat operasi penguatkuasaan apabila menahan seramai 55 warga asing dalam beberapa siri operasi berasingan di sekitar bandar raya ini. Menerusi kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi jabatan itu, operasi membabitkan Ops Gegar, Ops Selera, Ops Kutip dan Ops Sapu dijalankan secara bersepadu dengan menyasarkan lokasi tumpuan pendatang […]