Search

Hibiscus Petroleum kekal fokus kestabilan tenaga

KOTA KINABALU: Syarikat minyak dan gas tempatan, Hibiscus Petroleum Berhad menegaskan komitmennya dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga serta pertumbuhan mampan, meskipun berdepan ketidaktentuan landskap tenaga global ketika ini. Pengerusinya Zainul Rahim Mohd Zain berkata, faktor geopolitik dunia termasuk konflik di Timur Tengah serta gangguan laluan strategik seperti Selat Hormuz yang menjejaskan lebih 20 peratus aliran […]

Pemborong gagal keluarkan stok, disyaki sembunyi punca beras kurang – Jamawi

TELUPID: Kekurangan beras yang berlaku di Sabah ketika ini sebahagiannya berpunca daripada kegagalan pemborong mengeluarkan stok yang sudah dibeli, selain ada disyaki cuba menyembunyikan barang kawalan itu. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, berkata kira-kira 3,000 tan metrik beras yang sudah dibayar masih tersadai di stor BERNAS kerana tidak diambil oleh pemborong. “Saya minta […]

Guru pelatih maut dalam kemalangan

TAWAU: Seorang guru pelatih wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas dalam kejadian di Bandar Sri Indah, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 12.26 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang memandu Perodua Kenari dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaannya terbabas ke tepi jalan. Ketika kejadian, mangsa berjaya dikeluarkan lebih awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan […]

Hasil SST Petroleum Sabah Dijangka Menurun Tahun Ini

KOTA KINABALU: Sabah dijangka merekodkan kutipan lebih rendah daripada Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum tahun ini susulan penurunan pengeluaran serta ketidaktentuan harga komoditi global. Menteri Kewangan Sabah, Masidi Manjun, berkata kutipan SST yang melebihi RM2 bilion tahun lalu berkemungkinan tidak dapat dicapai tahun ini berikutan trend penurunan dalam pengeluaran minyak dan gas. […]

Murid SK Balaban Jaya belajar bawah khemah, kaki lima masjid

KOTA KINABALU: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Balaban Jaya di Beluran terpaksa belajar di bawah khemah tidak berdinding dan kaki lima sebuah masjid berikutan ketiadaan bangunan sekolah kekal. Situasi itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook, berdasarkan aduan diterimanya daripada ibu bapa murid di sekolah berkenaan. Katanya, peruntukan RM2 juta sudah diluluskan […]

Sumbang mahram: Usaha pencegahan babitkan keluarga, komuniti dan institusi agama – Julita

KOTA KINABALU: Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR) memandang serius pendedahan kes rogol, terutama membabitkan sumbang mahram di negeri ini. Menterinya, Datuk Julita Majungki, berkata kes seorang bapa merogol dua anaknya sebelum dihukum penjara 165 tahun dan sebat di Lahad Datu, menunjukkan perlunya memperkukuh usaha pencegahan di peringkat keluarga, komuniti dan institusi agama. […]

Ekonomi Biru pemacu baharu ekonomi Sabah – KM

KOTA KINABALU: Ekonomi Biru bakal menjadi pemacu strategik dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi mentransformasi struktur ekonomi negeri ke arah pertumbuhan bernilai tambah tinggi, inklusif dan mampan. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pendekatan itu berteraskan kelebihan maritim dan kekayaan biodiversiti Sabah yang merangkumi pelbagai sektor strategik termasuk perikanan moden, akuakultur, […]

Remaja dipenjara selama diperkenan TYT kerana bunuh kekasih

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang remaja lelaki warga Indonesia selepas didapati bersalah membunuh kekasih yang juga rakan senegaranya di sebuah ladang kelapa sawit di Kalabakan, pada 2023. Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos, memerintahkan tertuduh berusia 16 tahun itu menjalani hukuman penjara selama tempoh yang diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang […]

Dr Mary terajui Unduk Ngadau Kaamatan 2026

KOTA KINABALU: Tokoh wanita dari Telupid, Dr Mary Gambidau, diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 (UNK 2026), sekali gus mengetuai penganjuran acara kebudayaan ikonik negeri ini. Pelantikan itu dilihat sebagai langkah memperkukuh lagi kedudukan Unduk Ngadau Kaamatan sebagai platform penting dalam usaha memelihara dan mengangkat warisan budaya masyarakat, […]

Op Tiris 4.0: Lelaki ditahan bawa 800 liter diesel di Pulau Banggi

KUDAT: Kegiatan penyelewengan bahan api di perairan Sabah terus dibanteras apabila seorang lelaki tempatan dicekup bersama 800 liter minyak diesel dalam Operasi Bersepadu Inter Agensi (Op Tiris 4.0), di Pulau Banggi, semalam. Operasi yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Kudat dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Kudat […]