Mayat terbelit tali jangkar kapal ditemukan di pelabuhan

TAWAU: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbelit pada tali jangkar sebuah kapal di Pelabuhan Pasar Ikan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 pagi itu, mangsa berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan […]
Lelaki ditahan bawa petrol tanpa dokumen

SEMPORNA: Cubaan seorang lelaki membawa sejumlah besar minyak petrol tanpa dokumen sah terbongkar apabila dia ditahan dalam Operasi Bersepadu Intra/Inter (Op Taring ESSZONE – Op Taring Bravo 1), di perairan daerah ini, hari ini. Menerusi kenyataan media di Facebook Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak, operasi dijalankan pasukan Komtak Mabul Kompeni A Batalion 22 […]
80 disyaki ‘scammer’ menyamar polis China diberkas di resort

TAWAU: Kegiatan sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai anggota polis China terbongkar apabila polis menyerbu sebuah resort, di sini malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 9.20 malam itu, seramai 80 individu dipercayai terbabit berjaya ditahan dalam serbuan bersepadu yang dijalankan Bahagian Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPK Sabah bersama BSJK Tawau, Sandakan […]
Rogol dua anak kandung, bapa dipenjara 165 tahun, 24 sebatan
LAHAD DATU: Seorang lelaki dipenjara 165 tahun dan 24 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan merogol dua anak kandungnya sejak 2016 ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Rabu. Hukuman itu dibacakan Hakim Mahkamah Sesyen, Suhailla Selag selepas mendengar pengakuan tertuduh terhadap semua 11 pertuduhan yang dibacakan kepadanya. Tertuduh masing-masing berdepan lima pertuduhan […]
UMS akui peranan pelajar OKU melalui MPP

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengakui peranan dan memastikan kebajikan pelajar orang kelainan upaya (OKU) terus terbela menerusi pelantikan wakil golongan itu dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, berkata pelantikan wakil mahasiswa OKU dalam MPP adalah langkah penting memastikan suara mereka terus diangkat dalam sistem kepimpinan pelajar […]
Isu 40 peratus: Pusat dua kali rayu, rakyat akan buat penilaian – Ewon

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan didakwa sudah mengemukakan dua rayuan yang tidak sepatutnya dibuat berhubung pelaksanaan 40 peratus hasil Sabah selepas Mahkamah Tinggi memerintahkan perkara itu pada Oktober tahun lalu. Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick, berkata rayuan pertama dikemukakan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi, manakala rayuan kedua pula bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan itu, […]
Isu 40 peratus: Situasi ekonomi semasa bukan alasan, hak Sabah perlu ditunaikan – Tham Yun Fook

KOTA KINABALU: Cubaan mengaitkan hak 40 peratus hasil Sabah dengan keadaan ekonomi semasa disifatkan sebagai helah untuk mengalihkan perhatian daripada isu pokok dan dianggap sebagai tindakan yang membimbangkan. Kebimbangan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook dalam maklum balasnya terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha […]
Tiga lelaki selamatkan doktor selepas kereta terjunam dalam parit

KOTA KINABALU: Tindakan pantas tiga lelaki menjadi penyelamat apabila berjaya mengeluarkan seorang doktor wanita selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam parit besar di Jalan Lintas Kepayan, di sini, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang memandu Perodua Myvi dipercayai dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Lido […]
22 individu disiasat sebar berita palsu krisis tenaga global

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka 36 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu di media sosial dan platform digital berkaitan isu krisis tenaga global. MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, susulan siasatan itu, seramai 22 individu dari pelbagai lokasi di seluruh negara telah dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan untuk membantu siasatan lanjut. Menurut […]
Lelaki ditemui lemas ketika SAR hari kedua di Kota Belud

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sungai di Kampung Purak Ogis Supuan, di sini, ditemukan meninggal dunia pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Fernandez Anak Sawing@Andin, 33, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 6.30 pagi di kawasan sungai, lebih kurang 2.1 kilometer dari lokasi […]