Search

Ditegur nyala lilin, lelaki mengamuk acu gunting ditahan

TAWAU: Tindakan seorang lelaki mengamuk dan mengugut seorang wanita warga emas dengan mengacukan gunting membawa padah apabila dia diberkas polis dalam kejadian di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas, di sini, semalam. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 58 tahun berada di rumah sebelum didatangi suspek yang dikenali, lalu bertindak agresif selepas ditegur kerana menyalakan lilin […]

Tiga lelaki warga asing ditahan kes rogol remaja

TAWAU: Tiga lelaki warga asing ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan, di sini. Kejadian terbongkar apabila mangsa mengadu sakit di bahagian kemaluan sebelum dibawa kakaknya ke hospital untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan remaja itu hamil, sebelum mangsa mengaku kepada kakaknya bahawa dia pernah melakukan hubungan seks dengan […]

Axia rempuh belakang treler, seorang maut

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Kionsom, Inanam, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa berusia lingkungan 50-an yang menaiki Perodua Axia disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mangsa […]

Sorok diesel tanpa kebenaran, lelaki ditahan KPDN

KUDAT: Tindakan seorang lelaki menyimpan diesel tanpa kebenaran mengundang padah apabila stor miliknya diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat dalam Ops Tiris 4.0, semalam. Serbuan dilakukan di sebuah stor di Jalan Airport Kudat menerusi operasi harian penguat kuasa KPDN yang dijalankan bagi membanteras penyelewengan barang kawalan. Operasi itu adalah […]

Lelaki hilang ketika mandi sungai, operasi SAR digerakkan

KOTA BELUD: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi di sungai di Kampung Purak Ogis Supuan, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Fernandez Anak Sawing @ Andin, 33, dilaporkan hilang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan. Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota […]

Op Hazard 3.0: 35 ditahan, rampasan lebih RM8 juta

KOTA KINABALU: Aktiviti haram pelupusan dan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) di Sabah terbongkar apabila 35 individu ditahan dalam Op Hazard 3.0 yang dilaksanakan secara bersepadu di seluruh negeri, semalam. Operasi bersekala besar bermula jam 9 pagi hingga 6 petang itu dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Hasil […]

HQE berdepan tekanan permintaan yang tinggi, beban kerja meningkat

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, kini beroperasi di bawah tekanan permintaan yang tinggi dengan trend beban kerja yang meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perkembangan itu didedahkan Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki selepas taklimat tertutup mengenai situasi hospital rujukan utama di Sabah itu, di sini, pada […]

Isu 40 peratus: Kerajaan Pusat perlu tunai janji – Aliakbar

KOTA KINABALU: PAS Sabah menyatakan pendirian tegas mahu Kerajaan Persekutuan menunaikan janji untuk melunaskan bayaran 40 peratus hasil kepada Sabah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pesuruhjayanya, Datuk Dr Aliakbar Gulasan, berkata perkembangan semasa berkaitan isu itu yang menyaksikan perintah Mahkamah Tinggi ditangguhkan setelah Kerajaan Persekutuan memohon penangguhan dan dibenarkan Mahkamah Rayuan, sesuatu yang amat dikesali. […]

Lelaki dipenjara tiga tahun miliki 570 sisik penyu

TAWAU: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 570 keping sisik penyu. Tertuduh, Khalid Janullah, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya. Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan dilakukan kira-kira jam 9.05 pagi pada 15 November […]

Peluang sertai Program Asasi Sains Sosial aliran agama di UMS

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti Program Asasi Sains Sosial (Aliran Pengajian Islam) bagi sesi pengambilan baharu program itu. Fakulti Pengajian Islam UMS dalam satu kenyataan pada Isnin, berkata permohonan kini dibuka secara manual bagi membolehkan calon yang berkelayakan memulakan langkah akademik dalam bidang […]