Pastikan pengurusan aset, pelaburan negeri dilaksanakan dengan cekap – Masidi

KOTA KINABALU: Syarikat pelaburan kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Berhad (QSB) digesa menambah baik danmemperkukuh perancangan strategik organisasi bagi memastikan pengurusan aset dan pelaburan negeri dilaksanakan dengan lebih cekap, telus dan berimpak tinggi. Perkara itu ditekankan Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manju ketika menerima kunjungan hormat QSB yang diketuai Pengerusinya, […]
KM diberi taklimat perkembangan pendidikan Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat mengenai perkembangan terkini pendidikan di Sabah sempena kunjungan hormat delegasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), pada Isnin. Taklimat diketuai Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu. Raisin antara lain menyampaikan taklimat mengenai program utama pada tahun ini dan perancangan […]
Lori ‘misteri’ ditinggalkan, rupa-rupanya kenderaan hilang

TAWAU: Sebuah lori yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di Kampung Titingan, di sini, membawa kepada penemuan kenderaan yang dilaporkan hilang, semalam. Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, sepasukan anggota Strike Team Balai Polis Tawau yang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan lori jenis Isuzu berkenaan sebelum membuat pemerhatian di lokasi. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten […]
Op Hazard: 8 tan bateri kereta, e-waste tanpa lesen disita, nilai rampasan RM720,998

KOTA KINABALU: Kegiatan menyimpan bateri kereta dan sisa elektronik (e-waste) secara haram terbongkar apabila Pasukan Polis Marin (PPM) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyerbu premis terbabit menerusi Op Hazard, semalam. Dalam operasi bersepadu yang dijalankan serentak di seluruh negara itu, dua lokasi di Sabah iaitu di Penampang dan Sandakan […]
Isu 40 peratus: ‘Lembaran hitam sejarah Sabah’ – Madius Tangau

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau menyifatkan penangguhan semakan kelayakan 40 peratus hasil Sabah sebagai satu tamparan hebat dan ‘lembaran hitam’ dalam sejarah perjuangan hak Sabah. Beliau yang kecewa dengan perkembangan itu melabelkan tindakan Kerajaan Persekutuan sebagai ‘cakap tidak serupa bikin’ berikutan jaminan Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan Kerajaan Pusat tidak […]
Isu 40 peratus: Teruskan rundingan, keputusan Mahkamah Rayuan bukan halangan – Mustapha

KOTA KINABALU: Proses pengiraan, pengesahan data dan rundingan teknikal berkaitan pelaksanaan semakan semula 40 peratus hasil Sabah yang sudah dimulakan perlu diteruskan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, berkata walaupun Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi sebelum ini, ia tidak seharusnya memperlahankan atau menghentikan usaha yang sudah dibuat. […]
Kenderaan terbabit insiden dengan kereta api, pemandu terselamat

BEAUFORT: Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaikinya terbabit dalam insiden dengan sebuah kereta api di Batu 58, Jalan Loji Air, di sini, pagi tadi. Kejadian jam 10.45 pagi itu membabitkan kereta api yang sedang dalam perjalanan dari Tenom menuju ke Beaufort dan sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max. Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Wong […]
Bantah tangguh perintah mahkamah, tapi hormat keputusan Mahkamah Rayuan – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan bagi menangguhkan pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi berkaitan 40 peratus hasil Sabah. Secara spesifik perintah itu ialah untuk menyemak geran khas bagi Tempoh Terlepas (Lost Years) dan mencapai persetujuan dalam tempoh 180 hari bagi pembayaran hak Sabah sebanyak 40 peratus, sementara menunggu rayuan […]
Sabah bakal miliki IJN sendiri

KOTA KINABALU: Sabah bakal memiliki Hospital Institut Jantung Negara (IJN) sendiri tidak lama lagi susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antaraKumpulan Yayasan Sabah melalui syarikat pelaburannya Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) dan IJN pada Isnin. Majlis menandatangani MoU untuk membina hospital itu disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). […]
Salah guna logo cemar imej universiti, UMS guna AUKU ambil tindakan

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menggunakan peruntukan yang di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahguna logo UMS. Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kasim Mansor, berkata pihaknya tidak boleh berdiam diri terhadap perbuatan seumpama itu kerana mencemar imej universiti, lebih-lebih lagi apabila logo dan nama […]