Search

Tangkap dan hapus ikan koi – Jamawi

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah pada Isnin mengeluarkan arahan penangkapan dan pemusnahan ikan koi dan spesies Cyprinidae yang bukan endemik kepada Sabah dari kawasan tagal dan sungai di negeri ini. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar, berkata tindakan itu diambil selepas virus dibawa spesies ikan berkenaan, Koi Herpesvirus (KHV) disahkan sebagai punca utama […]

Perjalanan pulang makan tengah hari bertukar tragedi

TAWAU: Perjalanan pulang pasangan suami isteri untuk makan tengah hari bertukar tragedi apabila lelaki berusia 47 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Felda Umas 2, Merotai, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tawau. Ketua Polis […]

Semakan kelayakan 40 peratus Sabah ditangguh

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan sementara perintah Mahkamah Tinggi berhubung pelaksanaan semakan kelayakan Sabah terhadap 40 peratus hasil negeri bagi tempoh 1974 hingga 2021. Memetik laporan Berita Harian, permohonan itu dibenarkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan selepas mendapati Kerajaan Persekutuan akan diprejudiskan jika penangguhan […]

PIBKS bantu sekolah, PPD dekati pelajar tercicir elak tidak hadir SPM

KOTA KINABALU: Program mendekati keluarga pelajar tercicir pembelajaran perlu diperluaskan bagi memastikan tiada lagi kes pelajar tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah. Langkah itu dilihat sebagai pendekatan terbaik perlu dilaksanakan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) menerusi kerjasama Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS). Pengerusi PIBKS Sabah, […]

MPV hilang kawalan rempuh pam minyak

KENINGAU: Tular di media sosial kejadian sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh pam minyak di sebuah stesen Petron, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, MPV jenis Toyota Avanza dipandu lelaki warga emas berusia 73 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pam minyak nombor 10 dan 11. Akibat pelanggaran itu, […]

Pemandu lori tercampak sebelum maut, kenderaan bawa batu terbakar

KOTA BELUD: Pemandu lori yang maut dalam kemalangan di Jalan Kota Belud – Kota Marudu, dekat Ulu Kukut, di sini, tengah hari tadi dipercayai tercampak keluar sebelum kenderaan dipandunya terbakar. Dalam kejadian kira-kira jam 11.38 pagi itu, mangsa lelaki tempatan berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud akibat […]

1,000 liter diesel, dua kenderaan dirampas di Lahad Datu

LAHAD DATU: Kegiatan mengisi minyak diesel tanpa permit terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas kira-kira 1,000 liter bahan api itu dalam Ops Tiris 4.0, hari ini. Dalam operasi bermula jam 12 tengah malam itu, dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an turut ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti penyelewengan bahan […]

8 pasukan rebut gelaran juara KKN24 Sosial League

PUTATAN: Lapan pasukan bersaing merebut gelaran juara bola sepak menerusi kejohanan KKN24 Social League 2026 Tanjung Keramat yang berlangsung selama empat bulan. Kejohanan peringkat tempatan itu adalah inisiatif baharu pembangunan belia melalui sukan, khususnya bola sepak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat. Ketika melancarkan penganjuran liga itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung […]

Pemandu lori maut kenderaan bawa batu terbalik, terbakar

KOTA BELUD: Seorang lelaki maut selepas lori 10 tan membawa muatan batu yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dan terbakar di Jalan Ulu Kukut, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat kecederaan parah. Mangsa dipercayai tercampak keluar dari […]

Subsidi diesel bantu rakyat Sabah – Jamawi

TENOM: Pengekalan subsidi diesel yang membolehkan harga bahan api itu kekal rendah di Sabah dan Sarawak penting sejajar keperluannya kepada rakyat di kedua-dua negeri. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, Datuk Jamawi Jaafar, berkata bahan api itu adalah satu keperluan penting berikutan penggunaan kenderaan diesel yang tinggi berbanding di Semenanjung. Katanya, kenderaan diesel terutama […]