Op Mabuk: Dua lelaki ditahan, sembilan saman dikeluarkan

PENAMPANG: Dua lelaki tempatan ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dalam Op Mabuk, awal pagi tadi. Kedua-duanya diberkas dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di Jalan Penampang, hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bahang. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton […]
‘Waktu saya kini telah sampai ke penghujung’ – Abdul Rahman Dahlan

KOTA KINABALU: “Saya percaya setiap peranan dalam sesebuah organisasi mempunyai waktunya, dan waktu saya kini telah sampai ke penghujung,”. Itu luahan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, dipercayai merujuk berita mengenai peletakan jawatannya sebagai Ketua UMNO Tuaran yang berkuatkuasa pada 1 April lalu. Menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu, Abdul […]
Kos tenaga elektrik di Sabah dijangka kekal, pelaksanaan BDR akan dibincang – KM

KOTA KINABALU: Sabah dijangka tidak berdepan peningkatan kos tenaga elektrik disebabkan kenaikan harga minyak dunia, terutama diesel akibat perang di Asia Barat. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ia berikutan sebahagian besar tenaga elektrik di negeri ini dijana menggunakan gas yang disalurkan terus oleh PETRONAS. Beliau berkata, walaupun Malaysia tidak terkecuali menerima kesan buruk […]
Media penghubung kerajaan-rakyat, sampaikan maklumat tepat

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengakui peranan penting media sebagai jambatan penghubung di antara kerajaan dengan rakyat dan menyampaikan maklumat dengan tepat. Menjelaskan perkara itu, Pengarah Media dan Komunikasi di Jabatan Ketua Menteri (JKM), Datuk Lucy Irene Yong, berkata peranan itu amat dihargai sejajar kedudukan media sebagai rujukan utama masyarakat. “Kami menghargai peranan media menyampaikan dasar-dasar […]
Simpan 2,600 liter petrol tanpa kebenaran, warga emas ditahan

KUDAT: Kegiatan menyimpan petrol tanpa kebenaran terbongkar apabila seorang lelaki warga tempatan berusia 76 tahun ditahan dalam operasi bersepadu Ops Tiris 4.0 di Kampung Pagasaon, Pitas, semalam. Serbuan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kudat dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat, Kudat, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Operasi itu menyasarkan […]
Pemandu lori tersepit selepas kenderaan dipandu terbabas

NABAWAN: Seorang pemandu lori tersepit selepas kenderaan dipandunya terbabas sendiri di Simpang SLDB Binakaan, Jalan Nabawan – Sook, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa lelaki berusia 55 tahun mengalami kecederaan selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. Lori 10 tan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan, menyebabkan […]
Pukul dan ugut mangsa, lelaki akhirnya terima padah

TAWAU: Tindakan seorang lelaki mencederakan dan mengugut mangsa membawa padah apabila dia diberkas polis dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Dominic, di sini, petang tadi. Dalam operasi kira-kira jam 1.30 petang itu, suspek lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan sepasukan Strike Team dari Balai Polis Tawau hasil maklumat berkaitan kes yang disiasat. Ketua Polis […]
TYT, KM hadir Majlis Silaturahim Hari Raya Konsulat Jenderal Republik Indonesia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Silaturahim Hari Raya Idul Fitri Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu di Wisma Indonesia, di sini, pada Sabtu. Hadir sama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin. Ketibaan mereka […]
Cubaan seleweng diesel tak menjadi, dua lelaki dicekup di stesen minyak

SANDAKAN: Cubaan menyeleweng minyak diesel bersubsidi terbongkar apabila dua lelaki ditahan dalam serbuan Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak di bandar ini, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 11.12 pagi itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan berjaya merampas 120 liter diesel bersubsidi yang diisi dalam tujuh jerikin. Minyak berkenaan […]
Op Dadu Khas: JSJ gempur premis perjudian di Sabah

KOTA KINABALU: Aktiviti perjudian haram berselindung di sebalik premis hiburan dan e-sport di Sabah terbongkar apabila 15 individu tempatan dicekup dalam Op Dadu Khas yang dilancarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula 1 April hingga semalam. Serbuan yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan itu menyasarkan premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian […]