Search

Ops Tiris 4.0: KPDN, PDRM ‘turun padang’ pantau stesen minyak di Beaufort

BEAUFORT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperketat pemantauan apabila turun padang melaksanakan Ops Tiris 4.0 di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini. Operasi bersepadu itu memberi tumpuan kepada usaha mengekang penyelewengan bahan api, khususnya diesel yang sering menjadi sasaran aktiviti haram, selain memastikan pematuhan sepenuhnya […]

Lelaki ‘tanpa kewarganegaraan’ didakwa masuk Sabah tanpa dokumen sah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang ditahan polis kerana tiada dokumen pengenalan diri sebelum dikaitkan dengan kes tiada kewarganegaraan pada Mac lalu didakwa atas pertuduhan memasuki Sabah tanpa dokumen yang sah. Tertuduh, Mohd Nico Ansboy, 18, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Khamis, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Hurman Hussain. Dia berdepan […]

Bayi lelaki ditinggalkan di Teluk Likas, waris masih dicari

KOTA KINABALU: Seorang bayi lelaki yang ditemui orang awam di Taman Awam Teluk Likas, di sini, pada Disember tahun lalu kini memerlukan pemeliharaan dan pelindungan, selain usaha mengesan ibu kandung serta warisnya masih giat dijalankan. Menerusi Facebook rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah hari ini, bayi berkenaan dikenali sebagai Arfan Bahri dilahirkan pada 20 Disember […]

‘Kereta kabel ke Gunung Kinabalu’

KOTA KINABALU: Mungkinkah satu hari nanti Gunung Kinabalu boleh dikunjungi dengan menaiki kereta kabel, berbanding hanya mendaki yang mengambil masa panjang ketika ini. Kemungkinan itu berdasarkan minat pihak tertentu untuk membangunkan kemudahan itu dan membentangkannya kepada kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri. Menerusi satu kenyataan pada Khamis, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam […]

23 pondok haram di Bukit Sepanggar diroboh

KOTA KINABALU: Sebanyak 23 struktur haram yang dibina di kawasan hutan berbukit berhampiran Taman Bukit Sepanggar dan Kampung Bandulan, di sini dirobohkan dalam operasi bersepadu oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), semalam. Operasi bermula kira-kira jam 1.45 petang itu membabitkan 11 anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKK dengan kerjasama enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Balai […]

Piala Cabaran: Sabah FC buru bekalan terbaik di Pulau Pinang

KOTA KINABALU: Sabah FC menyasarkan keputusan positif pada aksi pertama final Piala Cabaran MFL menentang Pulau Pinang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, Sabtu ini. Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido, berkata pasukannya kini berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik hasil latihan berterusan bagi menghadapi perlawanan penting itu. Beliau berkata, persiapan rapi yang dilakukan membolehkan […]

JKR digesa ambil tindakan segera tangani kemalangan di hadapan SMK Kinarut

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa mengambil tindakan segera bagi menangani insiden kemalangan yang sering berlaku di laluan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinarut di Papar. Gesaan itu disuarakan pemangku Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Azrul Ibrahim susulan kemalangan terbaharu di kawasan itu pada Rabu yang menyebabkan seorang pelajar perempuan […]

Inkues Zara: Cara kematian arwah konsisten tindakan akhiri nyawa sendiri – Pakar Perunding Psikiatri Forensik

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner pada Khamis diberitahu cara kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir konsisten dengan tindakan mengakhiri nyawa sendiri, berdasarkan bedah siasat psikologi. Perkara itu dinyatakan pakar perunding psikiatri forensik, Dr Chua Sze Hung, 43 dalam kenyataan saksi yang dibacakan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan. Dr Chua adalah saksi ke-67 inkues kematian Zara […]

Tunggu pelanggan, rupanya polis yang sampai dulu

PENAMPANG: Seorang lelaki yang dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk urusan jual beli dadah tidak menyangka lokasi ‘deal’ yang disangka selamat rupanya sudah diperhatikan polis. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam tadi itu, suspek berusia 41 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah di Beverly Hills, di sini selepas gerak-gerinya […]

Lori tangki CPO terbabas, dua lelaki cedera

KUNAK: Dua lelaki cedera selepas sebuah lori tangki membawa minyak sawit mentah (CPO) terbabas sendiri dalam kejadian di Bukit Ular, Jalan Lahad Datu – Kunak, di sini, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi menerusi talian MERS 999. “Seramai […]