Search

Remaja perempuan parah dirempuh pacuan empat roda di Kinarut

PAPAR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun parah selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan di Kilometer 19, Jalan Baru Papar – Kota Kinabalu, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa dilaporkan mengalami patah kaki kiri serta kecederaan di bahagian kepala dan kini menerima rawatan di Hospital […]

Lelaki pecah masuk kedai emas dicekup, gelang RM50,000 dirampas

PENAMPANG: Kegiatan seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes curi dalam premis membabitkan beberapa kedai emas di sekitar Penampang dan Putatan akhirnya terbongkar apabila dia diberkas polis, pada Selasa lalu. Suspek tempatan berusia 45 tahun itu ditahan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kira-kira jam 1 petang, di sebuah bangunan […]

PPU Gudon stabilkan bekalan elektrik di kawasan Sepanggar – Sabah Electricity

KOTA KINABALU: Permintaan bekalan elektrik berikutan cuaca panas di Sabah, khususnya di kawasan Sepanggar masih mampu ditampung berikutan agihan tenaga yang lebih stabil melalui infrastruktur baharu Sabah Electricity. Ketua Pegawai Projek Major Sabah Electricity, Abdul Razak Salleh, berkata pengagihan bekalan boleh ditambah jika berlaku peningkatan permintaan. Katanya, Pencawang Pengagihan Utama (PPU) Gudon bernilai RM42 juta […]

Wanita maut, seorang cedera dalam kemalangan di Merotai

TAWAU: Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Merotai ke Tawau berhampiran Merotai Kecil, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Jumahira Ramlan, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seorang lagi mangsa, wanita […]

ESSCOM banteras perniagaan tidak sah di Semporna, 28 PATI ditahan

SEMPORNA: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) berjaya membanteras pelbagai aktiviti perniagaan tidak sah serta pelanggaran undang-undang menerusi Operasi Bersepadu yang dilaksanakan di daerah ini semalam hingga hari ini. Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, operasi berkenaan merekodkan nilai keseluruhan kompaun dan rampasan dianggarkan mencecah RM680,250 melibatkan pelbagai kesalahan yang dikesan. Katanya, sebanyak 165 notis dan […]

Ops Tiris 4.0: Pajero ubah suai seleweng diesel disita

BEAUFORT: Taktik sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero yang dipercayai diubah suai untuk menyeleweng diesel terbongkar selepas diserbu dalam Ops Tiris 4.0 di sebuah stesen minyak, di sini, petang semalam. Serbuan mengejut itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Beaufort hasil maklumat serta risikan anggota penguat kuasa yang […]

Suspek samun barang kemas, wang tunai hampir setengah juta di Telupid berjaya diberkas

BELURAN: Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek kes samun bersenjatakan pisau yang menyebabkan kerugian hampir setengah juta ringgit dalam kejadian di Taman Telupid Vila, di Telupid. Dalam kejadian Isnin lalu, suspek yang memakai topi dan pelitup muka dipercayai menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa menerusi pintu belakang rumah kira-kira jam 11.50 pagi. Suspek kemudian dikatakan […]

Penari muda Sabah cemerlang di Kelayakan Dance World Cup 2026 Malaysia

KUALA LUMPUR: Penari muda dari Sabah mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai anugerah utama dalam Dance World Cup (DWC) Malaysia Qualifier 2026 yang berlangsung pada 28 hingga 29 Mac lalu. Pasukan dari Yolanda Dance Studio itu berjaya membawa pulang 14 pingat emas, empat pingat perak serta satu anugerah khas, sekali gus membuktikan keupayaan penari dari […]

Memandu mabuk, warga Indonesia didenda RM10,000, penjara 3 minggu

PAPAR: Seorang warga Indonesia dipenjara tiga minggu dan denda RM10,000 selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Papar, di sini, pada Selasa. Tertuduh, Mohd Iskandar Aluidin, 39, berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk pada Ogos 2025. Berdasarkan fakta kes, tertuduh […]

SAFA terima sumbangan RM1 juta untuk pembangunan bola sepak

KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) menyumbang RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi melaksanakan program pembangunan bola sepak pada tahun ini. Sumbangan itu disampaikan pada satu majlis ringkas di pejabat SAFA, di sini oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim kepada Pemangku Presiden SAFA, Datuk Awang Kadin Tang. Turut hadir Pengurus […]