Search

Pikap bawa hasil laut terbabas, pemandu maut tercampak di selekoh

TAWAU: Seorang lelaki warga tempatan maut selepas kenderaan pikap dipandunya terbabas sebelum berpusing dan terhenti dalam parit di Batu 9, Jalan Kalabakan, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dari Klinik Kalabakan. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin […]

Inkues Zara: Saksi baharu mengaku lihat arwah di hadapan tandas jam 1 pagi

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilihat berada di hadapan tandas tingkat tiga asramanya pada awal pagi 16 Julai tahun lalu, sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah tidak lama kemudian. Perkara itu diceritakan seorang saksi baharu kanak-kanak pada prosiding inkues kematian arwah Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini, pada Selasa. Menceritakan semula […]

Buaya tembaga 200kg ‘tumpas’ selepas operasi hampir 11 jam

TAWAU: Seekor buaya tembaga seberat kira-kira 200 kilogram berjaya ditangkap selepas operasi hampir 11 jam di kawasan kolam penternakan Asia Aquaculture, Jalan Wakuba, di sini, hari ini. Ketua Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau, Leftenan M (PA) Muhammad Anuar Wong Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan […]

Dua lemas dihanyut arus deras di Papar

PAPAR: Niat seorang lelaki untuk menyelamatkan ahli keluarganya berakhir tragedi apabila dia dan adik iparnya dihanyutkan arus deras sebelum ditemukan lemas di sungai berhampiran sebuah penginapan di Mandalipau, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, seorang lelaki berusia 18 tahun dan adik iparnya berusia 15 tahun ditemui orang awam sebelum disahkan […]

SPM 2025: 605 pelajar di Sabah catat semua kombinasi A

RANAU: Seramai 605 pelajar di Sabah mencatat keputusan semua A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Jumlah itu merangkumi pelajar yang mencatat semua kombinasi A, iaitu A+, A dan A-, meningkat 25 orang berbanding SPM 2024. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Raisin Saidin, berkata jumlah itu mewakili 1.63 peratus daripada 37,036 jumlah […]

Suspek berang dengar adik ‘mengumpat’ sebelum menembaknya

TENOM: Suspek kes tembak adik dikatakan naik angin selepas mendengar mangsa dan isterinya bercakap buruk mengenainya sebelum menembak mangsa dengan bakakuk dari jendela rumahnya di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, suspek sejak sekian lama dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental, terutama selepas perceraian dengan isterinya […]

Kerajaan negeri komited laksanakan pelbagai usaha pembangunan – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor megulangi komitmen Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pelbagai usaha pembangunan yang menyeluruh. Katanya, ia termasuk penekanan kepada pengukuhan ekonomi negeri, pembangunan infrastruktur dan peningkatan kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan seeta pelbagai aspek lain demi kesejahteraan rakyat. “Dalam menjayakan agenda ini, anggota perkhidmatan awam hendaklah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, […]

Kes tembak adik kandung: Polis teruskan siasatan, ambil keterangan saksi

TENOM: Siasatan kes seorang lelaki yang menembak adik kandungnya hingga maut sebelum dia sendiri ditembak mati polis di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, di sini, kelmarin tertumpu kepada siasatan forensik serta pengambilan keterangan saksi. Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan forensik masih dijalankan di lokasi dan beberapa barangan kes termasuk senjata bakakuk, […]

Kebakaran pusat pelupusan sampah di Kayu Madang berjaya dikawal

KOTA KINABALU: Kebakaran longgokan tayar di Pusat Pelupusan Sampah Kayu Madang, Telipok, awal pagi tadi berjaya dikawal oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah tanpa membabitkan sebarang mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]

Abang tembak adik hingga mati, akhirnya maut ditembak polis

TENOM: Seorang lelaki menembak adik kandungnya hingga maut sebelum dia sendiri ditembak mati polis dalam kejadian di Kampung Kangkawang, Jalan Kemabong, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 54 tahun, seorang pekebun, disahkan meninggal dunia selepas mengalami lapan kesan tembakan di bahagian belakang badan. Suspek berusia 57 tahun yang juga […]