Kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak boleh dirunding – Shafie

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan kedaulatan Sabah dalam Malaysia sudah diselesaikan dan tidak boleh dirunding. Menerusi satu kenyataan pada Khamis, bekas Ketua Menteri Sabah itu, berkata kedudukan itu menjelaskan bahawa Sabah bukan tuntutan abstrak. “Sabah bukan tuntutan abstrak. Ia adalah rumah kita. Kedaulatannya dalam Malaysia sudah diselesaikan dan ia […]
Pembantu Menteri, Setiausaha Politik Sabah lafaz Ikrar Bebas Rasuah

KOTA KINABALU: Selepas Jemaah Menteri, Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) kerajaan negeri diteruskan bagi Pembantu Menteri dan Setiausaha Politik, pada Khamis. Majlis yang disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Menara Kinabalu, di sini. Lafaz ikrar dimulakan Pembantu-Pembantu Menteri dan Setiausaha-Setiausaha Politik sebagai tanda komitmen memperkukuh integriti serta […]
Banjir di Beaufort semakin buruk

BEAUFORT: Sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung peningkatan mangsa banjir di daerah ini, pada Khamis. PPS Masjid Darul Ikhlas Kampung Batandok Lubak itu dibuka mulai jam 12 tengah hari setelah PPS sedia ada di Dewan Dun Banir dan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon semakin penuh. Pembukaan PPS baharu itu diisytiharkan Pegawai Daerah […]
Banjir: APM Beaufort bantu guru, pelajar, jururawat ke sekolah dan hospital

BEAUFORT: Khidmat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjadi sandaran pelbagai pihak dalam memastikan urusan penting yang memerlukan keutamaan dapat diteruskan ketika berdepan bencana banjir. Pada Khamis, khidmat anggota APM Beaufort ‘dipinjam’ bagi mengambil dan menghantar guru serta kertas peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort ke SMK Gadong. Bantuan APM […]
525 vape tidak berdaftar dirampas, nilai hampir RM14,000

TAWAU: Sebanyak 525 produk peranti tembakau termasuk rokok elektronik (vape) tidak berdaftar dirampas dalam Operasi Taring Alpha 3 Tangkapan dan Rampasan yang dilaksanakan, baru-baru ini. Operasi bersepadu itu membabitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dan Task Force Battalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau. Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr Shameer Khan Sulaiman […]
44 PATI ditahan dalam Ops Sapu, Ops Kutip di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sapu dan Ops Kutip yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar bandar raya ini, pada Selasa hingga semalam. Sepanjang operasi dua hari itu, seramai 24 pegawai Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JIM Kota Kinabalu digerakkan untuk menjalankan pemeriksaan di beberapa lokasi panas […]
MAFFI akan buat penilaian tahap kerosakan sektor pertanian akibat banjir – Jamawi

TENOM: Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) akan membuat penilaian tahap kerosakan sektor pertanian dan menyelaras bantuan segera kepada petani, penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir di beberapa daerah di Sabah. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar, berkata pegawai di bawah jabatan dan agensi kementerian itu akan turun padang di semua daerah terjejas, khususnya […]
Rumah hanyut, tetap dahului mangsa

PAITAN: Di saat orang lain bertungkus-lumus menyelamatkan harta benda ketika banjir melanda, dua anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Paitan pula terpaksa menelan hakikat pahit apabila rumah sendiri hanyut dibawa arus deras. Namun dalam suasana cemas dan pilu itu, mereka tetap mengenakan uniform serta berdiri di barisan hadapan menyelamatkan mangsa banjir yang melanda daerah ini, […]
Cubaan seludup 24 batang kayu di Lahad Datu gagal

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup keluar 24 batang kayu disyaki hasil curi selepas dua bot dipintas dalam operasi di perairan Lahad Datu, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, anggota Zon Maritim Lahad Datu mengesan dua bot kayu tanpa nombor pendaftaran pada kedudukan 0.5 batu nautika tenggara muara […]
Stor kilang terbakar, pekerja cedera terkena pancutan air

KOTA KINABALU: Seorang pekerja kilang cedera pada bahagian mata selepas dipercayai terkena pancutan ‘water jet’ ketika kebakaran membabitkan sebuah stor di Jarri Engineering Sdn Bhd, di sini, petang tadi. Kebakaran melibatkan stor penyimpanan peralatan kenderaan jenis kekal berkeluasan kira-kira 74.3 meter persegi yang terbakar 15 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana […]