Search

Juan Torres pengendali baharu Sabah FC

KOTA KINABALU: Sabah FC haru ini mengumumkan pelantikan bekas Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan, Juan Torres Garrido, sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan itu. Pelantikan pengendali kelahiran Sepanyol itu diumumkan Pengurus Sabah FC, Mohd Arziz Afizy, menerusi satu kenyataan, di sini, hari ini. Arziz berkata, Juan akan mengambil alih tugas daripada Alto Linus yang sebelum ini […]

Penjawat awam ditahan disyaki terima rasuah RM3,000 lulus projek Rumah Mesra SMJ

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam sebuah jabatan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah. Lelaki berusia lingkungan 40-an itu dipercayai menerima kira-kira RM3,000 sebagai balasan meluluskan Projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada sebuah syarikat kontraktor. Suspek ditahan kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi ketika hadir […]

ESSCOM bantu pantau perairan susulan gempa bumi kuat di Kudat

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan cuaca tidak menentu serta laporan gegaran yang berlaku di kawasan perairan Sabah Timur. Komandernya, Datuk Victor Sanjos berkata, langkah itu termasuk memperkukuh kerjasama bersama jabatan kerajaan, pasukan penguat kuasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan setiap situasi dapat ditangani secara terselaras […]

Tenom diisytihar banjir, 22 kampung terjejas

KOTA KINABALU: Tenom menjadi daerah kelima diisytihar dilanda bencana banjir susulan limpahan air Sungai Padas yang menjejaskan 22 kampung di daerah itu pada Rabu. Bencana itu diisytiharkan Pegawai Daerah Tenom, Alexander Liew pada jam 9 pagi disusuli operasi pemindahan penduduk di kampung terjejas. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tenom melaporkan sebanyak 22 laluan di kawasan […]

Hajiji ketuai ikrar bebas rasuah jemaah menteri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Rabu mengetuai Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Ahli Jemaah Menteri Negeri di Bilik Mesyuarat Jemaah Menteri, Menara Kinabalu, di sini. Sejurus selesai melafaz ikrar, Hajiji bersama Ahli Jemaah Menteri menandatangani dokumen IBR yang disaksikan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah. Mohd […]

Beaufort, Membakut turut diisytihar banjir

KOTA KINABALU: Dua lagi daerah diisytihar dilanda banjir pada Rabu, menjadikan empat daerah baharu diisytihar sebagai kawasan bencana banjir. Daerah terbabit, Beaufort dan Membakut, masing-masing diisytihar banjir pada jam 8 pagi dan jam 10 pagi tadi. Pengisytiharan banjir di Beaufort adalah yang kedua dalam bulan ini dan ketiga sejak Januari. Terdahulu, daerah Sook dan Sipitang […]

Sook, Sipitang daerah terbaharu diisytihar banjir

KOTA KINABALU: Daerah Sook dan Sipitang menjadi daerah terbaharu diisytihar kawasan bencana banjir berikutan hujan berterusan pada Selasa. Kedua-dua daerah masing-masing diisytihar dilanda bencana banjir pada 4.30 pagi dan 6 pagi Rabu serentak dengan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Pada Selasa, Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berterusan hampir sepanjang […]

18 mangsa banjir dipindahkan di Kemabong

TENOM: Seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Sugiang Lama, Kemabong, di sini, malam tadi. Dalam kejadian itu, kebanyakan rumah serta jalan raya di kampung berkenaan dilaporkan ditenggelami air susulan hujan berterusan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima […]

Polis beri amaran resort hidang hidupan liar dilindungi

SEMPORNA: Polis memandang serius isu penyediaan dan penjualan makanan eksotik di beberapa resort di daerah ini yang dipercayai membabitkan hidupan liar dilindungi termasuk tenggiling. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, sebarang aktiviti pemburuan, pemilikan, penjualan atau penyediaan hidupan liar yang dilindungi tanpa kebenaran adalah satu kesalahan serius di bawah undang-undang. “Tiada kompromi […]

SEDIA sudah siapkan pelan induk untuk pembangunan RMKe13 – KM

KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) sudah menyiapkan sembilan laporan Pelan Induk dan Kajian Kebolehlaksanaan untuk memandu perancangan dan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pelan induk itu disediakan bagi meneruskan program dan projek pembangunan wilayah yang tertinggal. Katanya, ia […]