Search

Lebih 58,000 keluarga di Sabah kekurangan bekalan air akibat kemarau

KOTA KINABALU: Seramai 58,080 ketua isi rumah (KIR) dari 355 kampung di 12 daerah berdepan kekurangan bekalan air disebabkan kemarau yang berlarutan sejak Februari lalu. Berikutan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mengarahkan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan segera pengagihan air kepada semua keluarga yang terjejas. Beliau berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM7.5 juta dengan […]

Sabah mampu muncul antara negeri terbaik dalam tempoh lima tahun, kata Ketua Menteri

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan Sabah untuk muncul sebagai antara negeri terbaik di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang. Katanya, pencapaian itu mampu dilakar menerusi perancangan yang baik dan teratur untuk memperbaiki tahap sosio ekonomi rakyat negeri ini. “Apa yang penting ialah perancangan kita untuk membantu dan […]

JANS, Jetama diarah bina muka sauk kedua untuk LRA EWSS Limbahau

PAPAR: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd diarah untuk membina muka sauk kedua bagi membekal air mentah dari Sungai Papar ke Loji Rawatan Air (LRA) Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau, di sini. Arahan itu dikeluarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bagi mengatasi krisis bekalan air yang dihadapi […]

Kerajaan pastikan keamanan negeri kekal terpelihara – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha memastikan keamanan dan ketenteraman yang dikecapi rakyat berbilang kaum di negeri ini terus kekal terpelihara, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. Beliau berkata keamanan itu memberi peluang kepada rakyat untuk menyambut dan meraikan perayaan serta kebudayaan masing-masing seperti Tahun Baharu Cina, dalam keadaan harmoni. […]

Hajiji jalani pembedahan keluarkan batu karang minggu depan

KOTA KINABALU: Jabatan Ketua Menteri (JKM), hari ini, menjelaskan, kesihatan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berada pada tahap yang baik. Bagaimanapun, beliau dilaporkan perlu dimasukkan ke hospital minggu depan bagi menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan batu karang. Kenyataan itu sekali gus menjawab spekulasi berhubung keadaan kesihatannya berikutan khabar angin sebelum ini yang mengatakan beliau […]

Sumbangan penganjur bersama Piala SMJ tidak cukup, tapi saya janji akan selesaikan – Peter

KOTA KINABALU: Pengerusi penganjur bersama kejohanan Pesta Bola Merdeka Piala SMJ, Datuk Peter Anthony memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan isu hutang penganjuran kejohanan itu dan berjanji akan menyelesaikannya dengan cara baik. Katanya, faktor utama isu hutang berkenaan timbul adalah disebabkan sumbangan daripada kerajaan negeri selaku penganjur bersama tidak seperti yang dijangkakan dan ianya […]

Sabah Mampu Catat Pertumbuhan Berterusan – Hajiji

KOTA KINABALU: Sabah kini mampu mencatat pertumbuhan berterusan melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan di seluruh negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Katanya, pelaksanaan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) misalnya, kini berada di landasan yang betul untuk membawa negeri Sabah dan rakyatnya ke hadapan melalui teras-teras utama SMJ. Menurutnya, agenda […]

Penganjur Piala SMJ harap KM campur tangan isu hutang tertunggak

KOTA KINABALU: Penganjur kejohanan Pesta Bola Sepak Merdeka Piala SMJ 2022 yang telah berlangsung pada September, tahun lalu, berharap, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor ‘campur tangan’ bagi menyelesaikan hutang tertunggak untuk membayar jawatankuasa dan pembekal peralatan dalam kejohanan itu. Setiausaha Pengelola Kejohanan Kerol Chong berkata, sebanyak lebih RM600,000 masih belum dibayar kepada semua […]

Kerajaan akan rombak agensi, GLC yang tidak berprestasi – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, beliau tidak akan teragak-agak untuk merombak mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak berprestasi. Katanya, kerajaan negeri sentiasa menilai semula prestasi jentera kerajaan di semua peringkat supaya prestasi berada pada tahap optimum. “Saya tidak akan teragak-agak untuk merombak mana-mana agensi atau GLC yang […]

YS belanja sejumlah RM685 juta bagi biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri menerusi Kumpulan Yayasan Sabah telah membelanjakan sejumlah RM685 juta bagi pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi sejak 1967 hingga tahun lalu. Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, seramai 43,665 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu sama ada […]