Sabah perlu peruntukan lebih besar untuk naik taraf infrastruktur, fasiliti kesihatan – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Sabah memerlukan agihan peruntukan pembangunan yang saksama dan lebih besar berbanding negeri-negeri lain, termasuk untuk pembinaan baharu dan menaik taraf infrastruktur serta fasiliti kesihatan sedia ada. Katanya, Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai jumlah hospital dan klinik kesihatan terbanyak di negara ini dengan kebanyakannya dalam […]
Keputusan dedah laporan nahas ‘Double Six’ satu kelegaan untuk Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyifatkan, keputusan kabinet persekutuan untuk mendedahkan laporan siasatan akhir nahas ‘Double Six’ sebagai satu kelegaan. “Ini melegakan kerana ia akan merungkai apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu (6 Jun 1976). Satu kelegaan bukan sahaja kepada keluarga mereka yang terkorban dalam nahas pesawat tetapi juga kepada […]
Jangan keluar kenyataan bercanggah, kelirukan rakyat – Warisan beritahu Hajiji

KOTA KINABALU: Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan, Justin Wong meminta Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan kepada rakyat. Katanya, kenyataan Hajiji mengatakan Sabah menerima RM33 bilion pelaburan masuk sepanjang 2022 adalah bercanggah dengan jawapan diberikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Aziz di […]
Program Sabah Berselawat 2023 tingkat ilmu, kefahaman mengenai Islam – Hajiji

KOTA KINABALU: Penganjuran Program Sabah Berselawat 2023 dapat meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Beliau berkata majlis ilmu ini juga sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang berniat untuk mentamadunkan masyarakat dengan usaha perpaduan dan bersatu untuk memanfaatkan insaniah, ekonomi serta sosial. “Justeru, umat Islam seharusnya memanfaatkan penganjuran […]
Gerakan koperasi, kerajaan, swasta perlu ganding bahu tingkat ekonomi negeri – Hajiji

KOTA KINABALU: Gerakan koperasi di Sabah perlu mencapai kejayaan yang boleh dicontohi, termasuk berganding bahu bersama kerajaan dan sektor swasta dalam meningkatkan ekonomi negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Katanya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada segala usaha yang dijalankan oleh koperasi termasuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad […]
Rakyat Sabah tidak pernah iktiraf tuntutan waris Sulu – Hajiji

PUTATAN: Rakyat Sabah tidak pernah mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris Kesulatanan Sulu ke atas negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, rakyat Sabah sendiri telah sekian lama memilih untuk bersama membentuk sebuah Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Justeru, katanya, sebarang tuntutan pihak luar terhadap Negeri di Bawah […]
RM107.42 juta bina kompleks OKU, warga tua

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM107.43 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, pada tahun ini, antara lain bagi meneruskan projek pembinaan kompleks yang diperlukan golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga tua. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata ia membabitkan pembinaan Kompleks Bersepadu OKU dan warga tua serta pembinaan bangunan Taman Didikan […]
Tingkatkan lagi kutipan hasil, Hajiji beritahu JKDM Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah perlu meningkatkan lagi pungutan hasil mereka pada tahun ini selepas berjaya mengutip lebih RM2 juta pada tahun lalu. Katanya, peranan JKDM amat penting dalam pembangunan negara kerana kesemua hasil yang dikutip itu akan disalurkan untuk menjana projek-projek pembangunan […]
RM2 juta naik taraf Pusat Kebudayaan Murut di Tenom

TENOM: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Pusat Kebudayaan Murut Sabah, di ini. Katanya, usaha berkenaan adalah usaha kerajaan bagi memperkasakan daya tarikan pelancongan di pusat kebudayaan itu. Katanya, kerja naik taraf itu membabitkan tiga komponen iaitu, Rumah Pokok, Replika Perkuburan dan Rumah Tengkorak. “Projek ini […]
Fahami konsep Malaysia Madani merentasi semua sektor – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, konsep Malaysia Madani perlu difahami merentasi semua sektor serta selari dengan suasana dan kepelbagaian kaum yang wujud di Sabah. Katanya, perkara itu penting bagi mencipta lonjakan baharu yang lebih yang lebih harmoni, sejahtera, adil dan makmur dalam konteks pembangunan negeri selain bersesuaian dengan keperluan negeri ini yang […]