PEMUDA UPKO PENAMPANG MAHU PENDEDAHAN ‘PROJEK IC’ DISIASAT
KOTA KINABALU: Pemuda Upko Penampang mahu supaya siasatan dilakukan terhadap dakwaan mengatakan sebuah komponen Barisan Nasional (BN) telah menggunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk kepentingan politik. Ketuanya, Billy Joe Dominic berkata, rakyat ingin tahu dengan lebih terperinci berhubung apa yang telah didedahkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr Maximus Ongkili ketika kongres perwakilan […]
ABAIKAN MA63 SAMA SEPERTI MEMBELAKANGI PERSEKUTUAN MALAYSIA – MAXIMUS
KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan cadangan Perjanjian Malaysia baharu sebagai “pendek akal dan mengelirukan”. Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah dokumen yang suci dan cukup bermakna sebagai asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia. “Maksudnya, tanpa […]
RAKYAT SABAH LEBIH SUKA PARTI TEMPATAN TERAJUI KERAJAAN, KATA WARISAN
KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Warisan, Datuk Ahmad Sah Sahari berkata, ‘kecenderungan’ rakyat Sabah untuk memilih parti tempatan pada setiap kali pilihan antara faktor parti berkenaan mahu menjalinkan kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS). Katanya, sentimen berkenaan amat jelas kelihatan di Sabah dan kesedaran rakyat untuk memilih parti tempatan semakin meningkat. “Ini ditunjukkan dengan jelas dalam […]
KADOH AGUNDONG ‘THE GIANT KILLER’ MENINGGAL DUNIA
KOTA KINABALU: Datuk Kadoh Agundong yang pernah mencipta kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 1985 apabila menumbangkan ketua menteri ketika itu Harris Salleh, dilaporkan meninggal dunia, tengah malam tadi. Berita pemergian bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS) Sabah itu menjadi viral di media sosial sejak pagi tadi dengan beberapa pemimpin politik membuat ucapan takziah kepada […]
MAXIMUS LEPAS JAWATAN PRESIDEN PBS DALAM TEMPOH 3 TAHUN LAGI
KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Maximus Ongkili berkata, beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai peneraju parti itu dalam tempoh tiga tahun dari sekarang. Katanya, tempoh yang diberikan itu adalah bagi membolehkan parti berkenaan mengenal pasti calon yang sesuai bagi menggantikan tempatnya. “Ada garis masa untuk parti, sekurang-kurangnya mereka tahu Maximus akan letak jawatan […]
WARISAN HANYA NYATAKAN HASRAT, JIKA PBS TIDAK TERIMA KITA TIDAK BOLEH PAKSA, KATA SHAFIE
KOTA KINABALU: Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beliau menerima keputusan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menolak tawaran parti itu untuk menjalinkan kerjasama politik. Katanya, beliau sebelum ini hanya menyatakan hasrat untuk melihat kerjasama antara Warisan dan PBS namun segala keputusan adalah terpulang kepada PBS. “Warisan hanya menyatakan hasrat tetapi sekiranya mereka tidak menerimanya, […]
PBS TOLAK TAWARAN WARISAN UNTUK BEKERJASAMA
KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, parti itu mahu kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) seterusnya menolak tawaran untuk berkejasama dengan Warisan. Katanya, PBS dianggap sebagai salah satu pengasas GRS serta menyifatkannya sebagai “murni dan berkekalan” untuk kekal dalam gabungan “berasaskan rakyat”. “Kami menjemput Warisan dan penyokong untuk […]
TIDAK SEMESTINYA PERLU GABUNGAN UNTUK MENANG PILIHAN RAYA
KOTA KINABALU: Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal berkata, sesebuah parti tidak semestinya perlukan gabungan untuk memenangi pilihan raya. Katanya, sejarah politik di Sabah sebelum ini pernah membuktikan yang sebuah parti berbilang mampu memenangi pilihan raya seterusnya membentuk kerajaan negeri. “Tidak semestinya dengan gabungan politik boleh menang (pilihan raya), di Sabah dulu pernah berlaku sebuah […]