Enam sekeluarga selamat, kereta jatuh gaung di Ranau

RANAU: Enam sekeluarga terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter di Kampung Sagindai, di sini, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.45 petang. Katanya, sepasukan bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan […]
Penginapan guru, pelajar, surau sekolah pondok tahfiz di Kundasang musnah terbakar

RANAU: Penginapan guru, pelajar dan surau milik Sekolah Pondok Tahfiz Bidayahtul Hidayah, Kampung Kundasang Lama, di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan guru serta pelajar sempat keluar menyelamatkan diri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.27 petang. Katanya, […]
Jabatan Air Ranau laksana operasi pemotongan bekalan air

RANAU: Jabatan Air Ranau akan mengadakan operasi pemotongan bekalan air bermula pada 10 hingga 14 April 2023. Jabatan Air Ranau menerusi kenyataan malam ini berkata, operasi itu akan dilaksanakan bagi seluruh bahagian di daerah ini. Sehubungan itu, katanya pengguna yang mempunyai bil notis dan ansuran yang tertunggak diminta untuk datang membuat pembayaran dengan kadar segera. […]
PDRM Prihatin masalah sosial, salah laku jenayah dalam kalangan generasi muda

RANAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat prihatin terhadap sebarang masalah sosial dan salah laku yang berlaku dalam kalangan generasi muda. Berlandaskan kepada kesedaran itu, satu kerjasama tersusun dan bersistematik antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta PDRM diwujudkan. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, ia dilihat mampu membendung isu salah […]
500 penduduk berarak, tuntut penjelasan JTU berkaitan isu tanah

KOTA KINABALU: Seramai kira-kira 500 penduduk daripada lapan kampung di tiga daerah berarak sejauh 500 meter sehingga di hadapan pintu pagar utama bangunan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah bagi menuntut hak berkaitan tanah di kawasan masing-masing. Antara dituntut mereka termasuk memohon penjelasan dari pihak jabatan mengenai Geran Komunal bagi enam kampung di daerah Nabawan […]
Anak panah tertusuk hidung

RANAU: Seorang remaja lelaki cedera selepas hidungnya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan dengan rakannya di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun yang cedera dihidung dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas difahamkan sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan. […]
Ranau tubuh Persatuan Unduk Ngadau

RANAU: Prestasi yang memberangsangkan dalam sejarah pertandingan Unduk Ngadau menjadi inspirasi penubuhan Persatuan Unduk Ngadau Ranau. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Amisah Yassin berkata, penubuhan persatuan ini amat bertepatan untuk memastikan pencapaian yang baik dalam kalangan peserta dari daerah ini dikekalkan pada masa akan datang. “Syabas dan tahniah kepada pengerusi persatuan dan ahlinya […]
Lori bertembung van, tujuh termasuk pelancong asing cedera

RANAU: Tujuh cedera termasuk lima pelancong luar negara selepas van dinaiki mereka bertembung dengan lori di Kilometer 3 Jalan Ranau – Kundasang, Kampung Kibbas, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa cedera membabitkan pelancong tempatan, Korea dan China serta pemandu van berkenaan. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan, Simium Lomudin berkata, […]
BANJIR LUMPUR LANDA KAMPUNG KOMBURONGOH, TIADA PENDUDUK DIPINDAHKAN

RANAU: Kejadian banjir lumpur dilaporkan berlaku di Kampung Komburongoh, di sini, selepas hujan lebat pagi tadi namun tiada penduduk dipindahkan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau terima panggilan kecemasan berlaku banjir jam 10.48 pagi. Katanya, sepasukan bomba kemudian bergerak ke […]
PENDUDUK DIARAH BERPINDAH JIKA MENDAPAN TANAH BERTERUSAN

RANAU: Penduduk Kampung Lembah Permai, Kundasang dinasihatkan sentiasa berwaspada selain berpindah ke lokasi lebih selamat sekiranya berlaku mendapan tanah berterusan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.35 pagi tadi sebelum sepasukan tiga anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan […]