Isteri maut ditikam suami di Kepayan

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut ditikam dengan pisau oleh suaminya selepas mereka bertengkar di sebuah gerai sayur di pasar Jalan Pahlawan, Kepayan, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 30 tahun parah ditikam dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) dan disahkan meninggal dunia. Manakala suami mangsa […]
Tiga projek ‘sakit’ bawah KKM di Sabah

PAPAR: Menteri Kesihatan, DR Zaliha Mustafa berkata, sebanyak tiga projek di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) di Sabah dikategorikan sebagai projek sakit pada tahun ini. Katanya, angka berkenaan merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 12 buah projek sakit di bawah KKM di seluruh negara. Beliau berkata, penyediaan pekerja dan bahan merupakan antara faktor yang mempengaruhi […]
Kenali ‘Sumandak Tamparuli’ Petronella, pengendali The Malayan Tigress B-17

X-CLUSIVE Willie Jude KOTA KINABALU: Mula berjinak-jinak dalam sukan bola sepak sejak berusia 10 tahun, anak jati Sabah dari Tamparuli, Petronella Douny tidak pernah menyangka mampu melangkah lebih jauh dalam sukan itu, apatah lagi diberi tanggungjawab untuk mengendalikan skuad negara. Petronella, 36, yang merupakan penolong jurulatih skuad bola sepak wanita Sabah, baru-baru ini, dilantik sebagai […]
MYAirline tawar penerbangan Kota Kinabalu – Tawau

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) kini menyediakan satu lagi penerbangan domestik di Sabah iaitu menghubungkan Kota Kinabalu ke Tawau. Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan Rayner Teo berkata, laluan kesembilan syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu negara itu menunjukkan kejayaan perancangan awal dalam mengembangkan rangkaian laluan domestiknya. Beliau berkata, ia seterusnya membolehkan pelanggan terutama […]
Cubaan potong, curi kabel SESB punca gangguan elektrik di Menara Kinabalu

KOTA KINABALU: Cubaan memotong dan mencuri kabal talian 33kV milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyebabkan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat pentadbiran kerajaan negeri Menara Kinabalu, sejak beberapa hari lalu. Malah perbuatan itu, turut menyebabkan beberapa kawasan lain yang terdiri daripada perumahan dan premis komersial berdekatan juga terjejas. Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB […]
Kejadian gempa berhampiran Sabah tidak signifikan – MetMalaysia

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, kejadian gempa bumi bermagnitud 4.4 yang dilaporkan berlaku awal pagi semalam tidak signifikan kerana ianya tidak akan menghasilkan gegaran di permukaan memandangkan ia berlaku terlalu dalam iaitu 611 kilometer. Dalam satu kenyataan hari ini, MetMalaysia bagaimanapun memberitahu yang jabatan berkenaan akan terus memantau secara dekat kejadian gempa bumi berkenaan […]
Kastam Sabah rampas bir lebih RM1 juta

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah mematahkan kegiatan penyeludupan minuman keras dengan merampas tiga kontena berisi bahan itu yang dianggarkan bernilai RM1,040,300 termasuk cukai. Rampasan pada Jumaat lalu itu dijalankan sepasukan anggota daripada Cawangan Siasatan Khas dengan kerjasama Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar serta Unit Operasi Penguatkuasaan Koya Kinabalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam […]
3 lokasi Bazar Ramadan Rahmah di Sabah, pemberian e-tunai kepada pengunjung terawal

KOTA KINABALU: Masyarakat setempat kini berpeluang mengunjungi Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di tiga lokasi iaitu masing-masing di Kota Kinabalu, Putatan dan Tawau, sepanjang bulan Ramadan ini. Tiga lokasi berkenaan ialah di Lintasan Deasoka di Kota Kinabalu, Hadapan Sabindo Plaza di Tawau dan Juara Sport Arena, Ketiau di Putatan. Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan […]
Jangan bimbang, Sabah terima aliran Pelaburan FDI yang sihat – Yong

KOTA KINABALU: Pengerusi Kumpulan POIC, Datuk Yong Teck Lee berkata, komuniti perniagaan di Sabah tidak perlu terlalu bimbang walaupun tiada satu pun daripada 19 memorendum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Beijing, China sempena lawatan Perdana Menteri membabitkan syarikat atau pelaburan di negeri ini. Ini kerana, katanya, Sabah telah pun menerima aliran Pelaburan Langsung Asing (FDI) […]
Masalah air di Suang Parai, Gagasan Rakyat bantu ringan beban penduduk

KOTA KINABALU: Ketiadaan air akibat tekanan air rendah, ditambah pula kegiatan curi air oleh penduduk setinggan, itu nasib menimpa hampir 900 penduduk Kampung Suang Parai, Manggatal. Masalah bekalan air di kawasan kampung berkenaan sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu namun masih tiada penyelesaian sehingga kini. Bagaimanapun rintihan penduduk Kampung Suang Parai itu mendapat perhatian daripada […]