Search

Bot habis minyak, nelayan tahan lapar, dahaga 2 hari

KOTA KINABALU: Seorang nelayan terpaksa menahan lapar dan dahaga selama dua hari selepas bot pancing yang dikemudinya kehabisan minyak di laut. Mangsa Egimisak Besak, 63, bagaimanapun bernasib naik kerana ditemukan dalam keadaan selamat oleh warga Stesen Luar Pantai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Stesen Uniform TLDM di sekitar perairan stesen berkenaan, semalam. Markas Pemerintahan […]

Penderma organ pulih penglihatan tiga pesakit

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Finno Joitol berusia 54 tahun menjadi penderma organ ketiga di Sabah bagi tahun ini. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, Allahyarham Finno disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth kerana masalah perubatan. Katanya, selepas keluarga dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ, […]

Kunjungan hormat Perkasa – USIA bina kerjasama bangunkan umat Islam di Sabah

KOTA KINABALU: Kunjungan hormat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah ke atas Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada Khamis dijangka bakal membina jambatan kerjasama di antara kedua pertubuhan itu dalam konteks pembangunan umat Islam di negeri ini. Menurut Yang Dipertua Perkasa, Madsah Awang Aman berkata, kunjungan yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menyampaikan visi […]

Imigresen Sabah tumpaskan sindiket palsukan permit masuk

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen permit masuk menerusi dua operasi berasingan di sekitar daerah ini pada 29 Mac 2023 dan semalam. Serbuan menerusi Operasi Bersepadu Serkap itu, seramai enam pegawai penguat kuasa dari Unit Risikan JIM Sabah juga menahan enam individu termasuk seorang daripada disyaki dalang sindiket berkenaan. […]

Seorang tidak sedar diri, 4 selamat terhidu gas beracun

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tidak sedarkan diri manakala empat rakan sekerjanya selamat selepas terhidu gas beracun dipercayai daripada sebuah tong berisi ikan yang busuk di sebuah jeti di Sepanggar,  di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, Jirol Carumpi, 23, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala empat lagi mangsa berusia 19 hingga […]

Seludup PATI di Sabah, imigresen sahkan 5 pegawainya ditahan

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan penahanan lima pegawainya di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit kegiatan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, lima pegawai terbabit ditahan pada 23 Mac lalu dan menegaskan pihaknya sedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan […]

Masih ramai rakyat termiskin di Sabah tidak tersenarai eKasih – Riduan

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin berkata, masih ramai rakyat termiskin di Sabah khususnya di Tenom masih tidak tersenarai dalam Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih). Katanya, beliau menerima aduan daripada pemohon yang layak dan mendakwa mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan kelulusan permohonan eKasih. Beliau berkata, lebih mengecewakan lagi apabila sebahagian permohonan mereka […]

PPM Tawau patahkan cubaan seludup masuk barangan runcit

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) mematahkan cubaan seorang juragan menyeludupan masuk pelbagai barangan runcit tidak bercukai dipercayai dari negara jiran di perairan Batu Tiga, di sini, semalam. Juragan berusia 17 tahun itu dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh sepasukan anggota PPM Wilayah Empat Tawau yang menjalankan pemantauan menerusi ‘Ops Gelora, jam 7.30 malam. Pemeriksaan lanjut terhadap […]

Pendaki Jepun ‘meeting’ di puncak Aki Nabalu

KOTA KINABALU: Seorang pendaki dari Jepun menarik perhatian netizen selepas beberapa video menyaksikan dia mendaki Gunung Kinabalu dengan pakaian pejabat yang lengkap berkot dan bertali leher tular di media sosial, hari ini. Pendaki yang dikenali sebagai Sada Nobukata itu dikatakan mula mendaki gunung tertinggi negara itu semalam dan berjaya sampai ke puncak awal pagi tadi. […]

Pesawat Cebu Pacific Air mendarat cemas di KKIA, penumpang, anak kapal selamat

Oleh Junaidi Ladjana KOTA KINABALU: Sebuah pesawat airbus A320 milik Cebu Pacific Air melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) selepas dipercayai mengalami masalah enjin, malam ini. Pesawat membawa 92 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Cebu, Filipina 7.55 malam dan dipercayai mengalami masalah enjin bahagian kiri pesawat ketika penerbangan. Berikutan […]