Search

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

KOTA KINABALU: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok. Syed Danial berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. […]

Roboh dinding rumah, elak api merebak

TAWAU: Tindakan pantas bomba mengawal api yang sedang marak berjaya mengelak kebakaran daripada merebak dalam kejadian di perkampungan atas air di Kampung Hidayat Batu 4, di sini, awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.58 pagi sebelum bergegas […]

Kes bunuh remaja perempuan di Sandakan, polis masih kumpul bukti

PUTATAN: Polis masih menjalankan siasatan mengumpul bahan bukti berkait kes remaja perempuan ditemui mati dipercayai dibunuh di kawasan setinggan Kampung Forest, Sandakan, pada 14 Mac lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, siasatan berkenaan akan diketahui dalam masa terdekat. “Kes masih dalam siasatan dan polis masih dalam proses mengumpul bukti. “Dalam masa terdekat kita […]

Pendaki warga Slovakia alami AMS diselamatkan

RANAU: Seorang pendaki warga Slovakia diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami ‘Acute Mountain Sickness’ (AMS) ketika mendaki gunung di Kilometer 4, Layang-Layang, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa lelaki berusia 68 tahun itu dilaporkan mengalami masalah kesukaran untuk bernafas. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba […]

PPM tahan kapal korek, pasir bernilai RM7.5 juta

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah kapal korek pasir yang didapati beroperasi mengambil pasir tanpa kebenaran pihak berkuasa di perairan Pulau Usukan, Kota Belud, di sini, semalam. Kapal korek yang disyaki berdaftar di Monggolia itu ditahan pegawai dan anggota PPM Wilayah 4 Sabah Kota Kinabalu menerusi Op Terancang, kira-kira jam 5 petang. Menurut […]

Mahu jadi angkasawan? Datang pandu kereta di Sabah – Madius

KOTA KINABALU: Presiden Upko, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau di Dewan Rakyat, hari ini, membuat sindiran sinis apabila menggambarkan keadaan jalan raya di Sabah sama seperti di bulan. Ahli Parlimen Tuaran itu turut berkata, bahawa sesiapa yang mahu merasai pengalaman menjadi angkasawan di bulan boleh mengalaminya di Sabah. Madius sebenarnya menyindir dengan menyamakan jalan […]

494,059 pelajar seluruh Sabah mulakan sesi persekolahan

KOTA KINABALU: Seramai 494,059 murid dan pelajar sekolah di seluruh negeri ini memulakan sesi persekolahan, hari ini. Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, 212,201 pelajar membabitkan sekolah menengah manakala selebihnya adalah murid sekolah rendah. Katanya, minggu pertama persekolahan kali ini dimulakan dengan pendekatan menyeronokkan bagi menggalakkan kehadiran murid […]

Tumpaskan kumpulan pencuri kenderaan, 14 pegawai, anggota IPD KK terima penghargaan

KOTA KINABALU: Seramai 14 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu menerima sijil penghargaan atas kejayaan tangkapan kes curi kenderaan di sebuah bilik pameran (showroom), pada 15 Mac lalu. Sijil penghargaan itu daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah yang disampaikan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner […]

Pameran kereta CULT 2023 dijangka lebih gempak

KOTA KINABALU: Acara pameran kereta Cars and Urban Lifestyle Trends (CULT) Sabah bakal kembali diadakan pada 10 hingga 12 November dan kali ini, ia dijangka menarik lebih ramai pengunjung. Selepas lebih 600 kenderaan tersuai (custom vehicles) dipamerkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, tahun lalu, venue berkenaan sekali lagi akan digunakan untuk pameran […]

Maritim Malaysia tahan bot nelayan gaji warga asing

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan yang mengaji kru warga asing sebagai pekerja di perairan Pulau Mengalum, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5 petang, bot nelayan itu dikesan pada jarak 13 batu nautika barat pulau berkenaan sebelum ditahan untuk pemeriksaan. Pengarah Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan […]