Search

Pencuri kereta di ‘showroom’ dicekup sejurus tiba di KKIA

KOTA KINABALU: Selain memecah masuk premis pameran ‘showroom’ kenderaan di Kepayan, di sini, untuk melarikan dua kenderaan pacuan empat roda, dua penjenayah turut memecah masuk tiga rumah di Semenanjung. Bagaimanapun kegiatan licik dua penjenayah yang dikehendaki ‘Wanted Person’ berakhir apabila ditahan polis di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA). Kedua-dua suspek berjaya ditahan sebaik tiba di […]

Lelaki terjun laut di Pelabuhan Karamunting, ditemui lemas

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina dipercayai terjun ke laut di Pelabuhan Karamunting, di sini, Rabu lalu ditemui lemas, hari ini. Mayat Razmel Abdul Rahim, 31, ditemui Pasukan Polis Marin (PPM) ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) jam 8.39 pagi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat mangsa […]

Pemandu maut, penumpang cedera ringan kereta bertembung pacuan empat roda

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 71, Jalan Lahad Datu – Tungku, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 51 tahun yang memandu kereta jenis Proton Pesona meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Penumpang kereta terbabit, […]

Lelaki ditemui lemas selepas tergelincir dalam kolam simpanan air

KENINGAU: Seorang lelaki yang dipercayai tergelincir ke dalam kolam simpanan air di Batu 5, di sini, ditemui lemas hari ini. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa Anwar Taming, 41, dipercayai tergelincir ketika memasang pukat ikan di kolam simpanan air berkenaan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya […]

MPFL – Sabah lawan ATM Ahad ini

KOTA KINABALU: Pasukan futsal Sabah akan meneruskan saingan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Perlawanan keempat bagi pasukan futsal Sabah itu buat julung kalinya akan diadakan di Gelanggang Futsal Yayasan Sabah, Ahad ini. Mengikut rekod pencapaian sebelum ini, pasukan Sabah berjaya mencatatkan dua kemenangan ke atas pasukan Kedah dan KPT-PST […]

Warga asing miliki MyKad palsu dipenjara 24 bulan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing dijatuhkan hukuman penjara 24 bulan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memiliki MyKad palsu. Tertuduh, Mohamad Adzlan Said, 42, mengaku bersalah apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun. Mengikut pertuduhan, Mohamad Adzlan ditahan ketika Operasi Terancang Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran […]

Kerangka pembangunan keselamatan Sabah tumpu kawasan sempadan

KOTA KINABALU: Satu kerangka pembangunan keselamatan yang menumpukan kawasan persempadanan Sabah sudah dibuat untuk pertimbangan kerajaan. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, perkara berkenaan sudah dilaksanakan dan dibincangkan bersama Bahagian Keselamatan Sabah. “Perbincangan itu termasuklah langkah-langkah bagaimana untuk membangunkan persempadanan di kawasan laut dan pulau agar lebih kukuh. “Usaha itu termasuklah melaksanakan satu tindakan […]

Balai Polis Inanam baharu tingkat perkhidmatan PDRM

KOTA KINABALU: Pembukaan Balai Polis Inanam baharu bukan saja pengiktirafan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi juga membantu meningkatkan perkhidmatan polis kepada masyarakat. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, prasarana yang kondusif ini sudah pasti akan memberi motivasi kepada warga PDRM untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Katanya, ia selaras dengan inisiatif polis dalam membendung jenayah […]

Bergelut sebelum ditahan PPM

KUDAT: Dua lelaki bergelut dengan anggota polis sebelum ditahan ketika cuba melarikan diri selepas dikesan menjalankan kegiatan menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan laut Pulau Moleangin Besar, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 40 tahun ditahan sepasukan anggota dan pegawai PPM Kudat dalam Op Gelora Khas. Menurut […]

Anak panah tertusuk hidung

RANAU: Seorang remaja lelaki cedera selepas hidungnya tertusuk anak panah ketika menangkap ikan dengan rakannya di sini, petang tadi. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa berusia 18 tahun yang cedera dihidung dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, pihak hospital terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba selepas difahamkan sukar untuk mengeluarkan anak panah berkenaan. […]