Search

Lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas terjun dari feri

SANDAKAN: Seorang lelaki warga Filipina dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun ke laut dalam kejadian di Pelabuhan Karamunting, di sini, semalam. Mangsa Razmel Abdul Rahim, 31, dikatakan secara tiba-tiba terjun ke laut melalui tingkap di tingkat empat sebuah feri yang ketika itu memulakan perjalanan ke Filipina, jam 6.45 petang. Saksi kejadian yang juga pengurus feri kemudian […]

Rupanya pekerja curi…

TAWAU: Rasa pelik ‘tauke’ emas selepas wang hasil jualan harian emas berkurangan akhirnya terjawab apabila pekerjanya sendiri yang mencuri wang berkenaan. Pekerja wanita berusia 16 tahun ditahan sepasukan polis dari Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Tawau di kawasan Kampung Titingan, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu […]

PPM patahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan seleweng pelbagai barang kawalan menggunakan bot laju di kawasan Sungai Kampung Mangkalinau, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, sepasukan PPM Sandakan yang menjalankan Ops Gelora menggunakan bot ronda mengesan sebuah bot laju yang mencurigakan. Ketika dihampiri, bot laju berkenaan bertindak memecut ke arah tepi […]

653 PATI warga Filipina dihantar pulang ke negara asal

KOTA KINABALU: Seramai 653 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Filipina dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 7, melalui Pelabuhan Sandakan, hari ini. Semua PATI berkenaan sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau dihantar ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan pengangkutan laut. Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, […]

Ceramah di Bawah Bayu Ke-25 CI@UMS 18 Mac ini

KOTA KINABALU: Siri Ceramah di Bawah Bayu kali ke-25 anjuran Confucius Institute, Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS) akan mengetengahkan topik bertajuk “Diaspora, ketahanan dan orang Cina di Tanah Melayu yang dilanda perang: Perspektif yang kurang dikenali daripada Mubaligh Perancis”. CI@UMS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ceramah yang berlangsung pada 18 Mac di Theatrette Ahmad Nisfu, […]

UMS perkukuh kerjasama dengan industri pembuatan di Sabah

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) mengorak selangkah ke hadapan dalam memperkukuh kerjasama dua hala dengan industri pembuatan di negeri ini. Terbaru, satu hasrat kerjasama dimeterai antara UMS dengan SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd, syarikat yang memproses panel solar dan merupakan satu pelabur terbesar di […]

Jabatan, agensi KKR perlu tambah baik kualiti perkhidmatan – Shahelmey

KOTA KINABALU: Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata, sudah tiba masanya kementerian itu serta jabatan dan agensinya membuat penambahbaikan segera untuk memperbaiki kelemahan, seterusnya dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. Beliau berharap, komitmen padu dapat terus diberikan dalam membaik pulih aset yang terjejas terutamanya yang melibatkan infrastruktur dan perkhidmatan. Kerja-kerja pembaikan dan pemantauan berterusan perlu dilaksanakan […]

Pemandu maut kereta bertembung treler

BELURAN: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Kampung Pelantong, di sini, pagi tadi. Mangsa Juslin Jussip, 45, yang memandu kereta jenis Perodua Kelisa disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik […]

Nahas 9 kenderaan di Sandakan, satu cedera

SANDAKAN: Sebuah lori 10 tan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh lapan kenderaan yang berhenti di hadapannya kerana jalan di kawasan berkenaan sedang diselenggara di Jalan Batu 30, di sini, hari ini. Kejadian jam 4.20 petang itu mengakibatkan dua lori, bas penumpang, Perodua Myvi, Proton Saga FLX, Toyota Revo, Toyota Hilux dan Ford Ranger masing-masing mengalami […]

Lelaki berjambang samun pekerja premis diburu

KOTA KINABALU: Polis sedang memburu seorang lelaki disyaki terbabit kes samun seorang pekerja premis di Universiti Apartment, di sini, tengah malam semalam. Dalam kejadian jam 12.12 tengah malam itu, mangsa wanita berusia lingkungan 20-an yang berseorangan dalam premis dikatakan hendak menutup kedai sebelum didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, […]