Search

Bayar RM2,500 seludup PATI, 9 individu termasuk lima pegawai penguat kuasa direman

TAWAU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa dalam satu operasi dikenali Ops Lancar kerana disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) di negeri ini. Perintah reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 29 Mac 2023 dikeluarkan oleh Majistret Leona Dominic Mojiliu di Mahkamah Majistret […]

Lans Koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,500

SANDAKAN: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM3,500 pada 21 Jun 2021. Mohd Razif Hashim, 30, yang berpangkat Lans Koperal membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibaca terhadapnya. Mengikut pertuduhan, dia disyaki secara rasuah […]

PENJAWAT AWAM BERI RASUAH RM7,000 DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam di Beluran, kerana memberi wang rasuah kepada seorang pengadu sebagai dorongan untuk menarik satu laporan polis terhadapnya. Suspek berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan, hari ini. Sumber berkata, suspek disiasat polis mengikut Seksyen 395 Kanun […]

SAYA SEDIA DISIASAT SPRM – ADUN KUNAK

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif memaklumkan dirinya bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tindakan meninggalkan Parti Warisan (Warisan), baru-baru ini. Ia berikutan selepas Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa Norazlinah menerima imbuhan untuk menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. “Saya […]

TIGA DITAHAN KEMUKA INVOIS PALSU RM800,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu kerana dipercayai mengemukakan invois palsu bernilai lebih RM800,000 kepada pejabat sebuah kementerian pada 2019. Sumber berkata, tiga lelaki yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an terbabit ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, dekat sini. Katanya, mereka dipercayai mengemukakan invois […]

PROFESOR DISYAKI KEMUKA TUNTUTAN PALSU RM66,000 DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Seorang pensyarah berstatus profesor di sebuah universiti di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan dana penyelidikan berjumlah lebih RM66,000. Sumber berkata, lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10 pagi, hari ini. Katanya, suspek terbabit dipercayai mengemukakan tuntutan palsu pada 2014 […]

CUBA SOGOK POLIS RM650, PEMEGANG IMM13 DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas cuba merasuah pegawai polis RM650 bagi melepaskan diri selepas didapati memandu tanpa lesen. Menurut sumber, suspek berusia 38 tahun yang juga pemegang pas IMM13 terbabit ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 5.30 petang tadi. Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi […]

TERIMA RASUAH RM5,000 URUS PENGELUARAN KAD PENGENALAN, ANGGOTA PENGUATKUASA DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Seorang anggota penguatkuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, selepas  dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5,000 dalam urusan pengeluaran kad pengenalan. Sumber berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira jam 9.30 pagi tadi ketika dia hadir memberi keterangan. Katanya, suspek dipercayai telah meminta dan menerima […]

PANDANG SERIUS KES PEMALSUAN PENGISYTIHARAN CUKAI JUALAN – SKN

KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, memaklumkan kerajaan Sabah memandang serius berkaitan kes tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan penjawat awam negeri didakwa melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah. “Kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung siasatan agensi berkenaan. “Saya juga sudah mengarahkan Kementerian Kewangan negeri untuk meneliti […]

LINDUNGI PEMALSUAN PENGISYTIHARAN CUKAI JUALAN, LELAKI BERGELAR DATUK DITAHAN SPRM

KOTA KINABALU: Seorang lelaki bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan tindakan melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF). Suspek berusia 66 tahun yang juga bekas penjawat awam ditahan di pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 4 petang tadi ketika hadir memberi […]