Buat tuntutan palsu RM400,000, perunding syarikat ditahan SPRM

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang perunding syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan lebih RM400,000 menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada sebuah agensi kerajaan negeri. Menurut sumber, suspek lelaki berusia 50an dipercayai mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pembekalan mesin kepada usahawan membabitkan dana Program Bantuan Industri Kecil Sederhana (BAIKS), “Perbuatan berkenaan telah […]
SPRM tahan lelaki terima rasuah RM150,000, bantu dapatkan projek tidak wujud

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembaikan di sebuah sekolah di Beluran. Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 60 tahun dan bekerja sendiri itu meminta serta menerima wang rasuah berkenaan. “Ia kononnya bagi membantu […]
Lelaki warga asing ditahan cuba tawar rasuah kepada polis

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana disyaki cuba menawarkan rasuah kepada anggota polis. Suspek berusia dalam lingkungan 20 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah cawangan Sandakan, kira-kira jam 6 petang semalam. Menurut sumber, suspek itu dikatakan cuba menawarkan kira-kira RM100 kepada anggota penguat kuasa […]
Wanita dalang utama tipu skim Program Rumah Rakyat ditahan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat di Sandakan. Tangkapan ke atas suspek wanita berusia lingkungan 40 tahun ini susulan penahanan terhadap dua beranak semalam membabitkan kes yang sama. Katanya, suspek wanita […]
Anggota penguat kuasa ditahan, terima rasuah RM2,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan melindungi kegiatan penjualan dadah dan mengelakkan daripada diambil tindakan undang-undang. Sumber berkata, suspek lelaki yang berusia 40-an itu telah ditahan antara kira-kira jam 9 pagi tadi ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat […]
Lantik syarikat ahli keluarga untuk kerja pembekalan, tiga penjawat awam ditahan

LABUAN: Tiga penjawat awam direman selama lima hari selepas dipercayai menyalahgunakan jawatan untuk melantik syarikat milik ahli keluarga sendiri sebagai pembekal alatan sukan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan hari ini, ketiga-tiga suspek didakwa memberikan kerja pembekalan alatan sukan yang dianggarkan bernilai RM80,000. Perintah reman sehingga 28 Januari depan terhadap ketiga-tiga […]
SPRM kesan Chong Jun Kong bantu siasatan

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM. SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki terbabit Chong Jun Kong, 49, beralamat terakhir di pekan Tenom WDT 69, 89908, Tenom. “Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi SPRM Sabah. “Orang […]
Pesara tentera mengaku tidak bersalah terima rasuah RM15,000

KOTA KINABALU: Seorang pesara tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM15,000 sebagai ganjaran untuk mengeluarkan surat tawaran kerja pembersihan Kem 5 Briged, di sini, pada 2014. Tertuduh, Azman Ariffin, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Jason Juga ketika selepas pertuduhan dibacakan kepadanya, hari ini. […]
Kes seludup PATI : Reman 10 suspek termasuk enam pegawai imigresen tidak dilanjut

TAWAU: Sepuluh individu termasuk enam pegawai imigresen yang disyaki terlibat dalam kes penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), di sini, dibebaskan selepas tahanan reman mereka tidak dilanjutkan, semalam. Majistret Dzul Elmy Yunus mengeluarkan perintah itu selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah ini. Difahamkan Bahagian Siasatan SPRM sudah melengkapkan siasatan dan pelepasan […]
Seludup PATI di Sabah, imigresen sahkan 5 pegawainya ditahan

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan penahanan lima pegawainya di Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit kegiatan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI). Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, lima pegawai terbabit ditahan pada 23 Mac lalu dan menegaskan pihaknya sedia memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan […]