Search

Kembara terjunam 20 meter dalam gaung, pemandu selamat

TAWAU: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 20 meter di Simpang 4, Jalan Bukit TV, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.07 malam itu, mangsa berusia 54 tahun, bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba dan hanya mengalami kecederaan. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat […]

Remaja dikejarkan ke hospital selepas disengat haiwan berbisa

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai disengat haiwan berbisa di Pantai Tanjung Aru 2, di sini, petang tadi. Mangsa berusia 15 tahun itu dikatakan sedang melakukan aktiviti di air sekitar pantai berkenaan sebelum tiba-tiba mengadu sakit pada jari kaki kirinya akibat sengatan. Remaja terbabit kemudian mendapatkan bantuan di Menara Penyelamat […]

Ops Imigresen: 22 PATI termasuk kanak-kanak ditahan

KOTA KINABALU: Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak ditahan dalam operasi berasingan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sekitar Kota Kinabalu, Penampang dan Sipitang, semalam. Menerusi laman rasmi Facebook JIM Sabah hari ini, Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu memaklumkan operasi di daerah Kota Kinabalu dan Penampang itu membabitkan 17 pegawai penguat kuasa. “Hasil […]

112 PATI dihantar pulang

KOTA KINABALU: Seramai 112 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) dihantar pulang ke negara asal menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sepanjang Januari hingga Februari tahun ini. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam kenyataan di laman rasmi Facebook, malam ini, memaklumkan program pemindahan itu membabitkan 90 lelaki dewasa dan 22 wanita dewasa yang ditahan […]

Ops Gempur Khas JSJN Sabah: Tokan Telipok Ria diberkas

KOTA KINABALU: Kegiatan seorang pengedar dadah yang aktif sejak dua bulan lalu di kawasan Taman Telipok Ria, Tuaran terbongkar selepas diberkas dalam Ops Gempur Khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, kelmarin. Dalam operasi jam 12.50 tengah hari itu, sepasukan anggota JSJN IPK Sabah menahan seorang lelaki warga asing berusia […]

9 rumah, stor dan kedai runcit musnah dalam kebakaran

SEMPORNA: Sembilan rumah kediaman bersama sebuah stor dan sebuah kedai runcit musnah dalam kebakaran di Jalan Pinggir Bakau, di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 53 tahun dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui […]

APMM tahan bot kargo bawa petrol, diesel tanpa permit

KUDAT: Cubaan membawa muatan petrol dan diesel tanpa permit sah gagal apabila sebuah bot kargo ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat di perairan Kuala Kaindangan, Pitas, semalam. Bot berkenaan dikesan bot ronda APMM ketika menjalankan rondaan rutin sebelum pemeriksaan lanjut mendapati ia membawa barang kawalan tanpa sebarang dokumen pengesahan. Pengarah Zon Maritim Kudat, Hasbullah […]

Suspek samun premis 24 jam di Penampang ditahan

PENAMPANG: Tindakan seorang lelaki bersenjatakan pisau menyamun sebuah premis 24 jam di daerah ini, awal pagi Rabu lalu, berakhir apabila dia diberkas polis kurang 48 jam selepas kejadian. Dalam kejadian jam 3.57 pagi itu, suspek berusia 33 tahun dipercayai merompak wang tunai dianggarkan RM300 sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan […]

15 April sebutan semula kes bunuh, kerat wanita

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret, di sini, menetapkan 15 April depan untuk sebutan semula kes bunuh dan kerat seorang wanita yang anggota badannya ditemui di beberapa lokasi di Indah Permai, Sepanggar pada 12 Februari lalu. Tarikh itu ditetapkan selepas tertuduh, Piluta Samad, 71, selesai mendengar pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Dzul Elmy Yunus di Mahkamah Majistret […]

Aura baharu Sabah FC di tangan Garrido mulai esok

KOTA KINABALU: Pengendali baharu Sabah FC, Juan Torres Garrido, bakal menunjukkan kemampuannya mengendali Sang Badak menerusi aksi pertama bimbingannya menentang Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Likas pada Sabtu. Walaupun tempoh persiapan yang singkat setelah baru bersama Sabah FC sejak Rabu, pengendali dari Sepanyol itu tetap optimis dalam usaha membentuk identiti permainan […]