‘Pilihan raya’ JKKK di Kadamaian lancar, 31 kampung selesai – Ewon

KOTA BELUD: Sebanyak 31 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian selesai mengadakan ‘pilihan raya’ atau pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setakat Rabu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, berkata hanya 25 kampung belum melaksanakan pemilihan, manakala dua kampung menangguhkan proses itu berikutan ada musibah. […]
20 PATI termasuk kanak-kanak ditahan di Labuan

LABUAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak dalam operasi penguatkuasaan di sekitar wilayah ini, awal pagi tadi. Operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi itu dijalankan hasil maklumat awam serta risikan Unit Aduan, Risikan dan Operasi Bahagian Penguat Kuasa jabatan berkenaan. Pengarah […]
Ketua Menteri iring Tun Musa ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-271 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu. Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Terdahulu, pada Selasa, Hajiji menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri […]
Jangan politikkan kunjungan Miss World, tetamu wajar diraikan – aktivis

KOTA KINABALU: Aktivis politik pro-Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Aksyah Nasrah menyelar tindakan segelintir penyokong pembangkang yang mempolitikkan kunjungan Miss World 2025 ke Sabah. Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai reaksi tidak matang, selain bertentangan dengan nilai murni masyarakat timur. Jelasnya, tradisi ketamadunan manusia sejak zaman lampau menyaksikan budaya menghormati tetamu sentiasa dijunjung tinggi, termasuk terhadap musuh […]
Ladang Nabawan agih hampir RM1 juta dividen kepada peneroka

NABAWAN: Ladang Nabawan Wilayah Barat mencatat rekod tertinggi sejak 2022 apabila mengagihkan hampir RM965,342 dividen kepada 175 peserta peneroka, bersamaan kira-kira RM5,516 seorang, hasil prestasi pengeluaran memberangsangkan sepanjang tahun lalu. Agihan dividen kepada peserta Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) itu adalah yang tertinggi dalam sejarah ladang berkenaan sejak ia mula diusahakan pada 2013 hingga […]
Tiga sekawan dipenjara 1-3 tahun kerana mencuri tong gas, beras

KOTA MARUDU: Dua lelaki dipenjara tiga tahun selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan, masing-masing mencuri tong gas dan beras pada Januari lalu. Tertuduh, Masli Asang, 29 dan Mohd Azuan Galpun, 30 membuat pengakuan itu selepas didakwa di Mahkamah Litar Kota Marudu, di sini, pada Selasa. Mereka masing-masing dipenjara setahun atas kesalahan mencuri 10 unit tong […]
PBT bincang dengan JHEAINS, MUIS buat surau sementara di Bazar Ramadan

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh berbincang dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi menyediakan kemudahan surau di Bazar Ramadan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata kemudahan itu disarankan bagi Bazar Ramadan yang tiada masjid atau surau berdekatan. Katanya, pihak […]
Lebih 2,300 unit cecair vape dirampas di Likas

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merampas lebih 2,300 unit cecair vape pelbagai jenama dalam satu operasi bersepadu di sebuah premis di sekitar Likas, di sini, semalam. Operasi dikenali sebagai Op Taring Landai E-Cigarette Mega itu dilaksanakan hasil kerjasama bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKN Sabah) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) […]
Penunggang motosikal maut dirempuh lori

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Tawau – Bombalai, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa lelaki berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu […]
Lelaki mengaku rogol anak dipenjara 12 tahun, 6 sebatan

KOTA MARUDU: Seorang lelaki dihukum penjara 12 tahun dan enam sebatan selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya pada awal Januari lalu. Tertuduh warga tempatan berumur 37 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, A Akhiruddin Acho ketika sebutan semula kesnya di Mahkamah Kota Marudu, di sini, pada Selasa. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh […]