Search

Wanita dikerat tujuh bahagian, anggota tubuh dibuang di beberapa lokasi

KOTA KINABALU: Seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam berikutan penemuan mayatnya yang terpisah kepada tujuh bahagian dipercayai dipotong menggunakan senjata tajam. Lebih memilukan, bahagian anggota badan mangsa yang dikerat dibuang di beberapa tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, di sini, hari ini. Mangsa dipercayai dikerat pada bahagian leher, badan, punggung, kedua-dua tangan dan […]

Wanita 28 tahun dilaporkan hilang, keluarga rayu bantuan orang ramai

PENAMPANG: Seorang wanita berusia 28 tahun dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi sejak Selasa lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarganya. Mangsa, Julia Maning, yang menetap di Beverly Hills, Bundusan dan bekerja sebagai kakitangan di sebuah restoran francais popular, kali terakhir dapat dihubungi pada 10 Februari 2026. Menurut ahli keluarga, sebelum kehilangan, Julia memaklumkan […]

9 sekolah ditutup akibat banjir di Beaufort

BEAUFORT: Sembilan sekolah di sini, terpaksa ditutup pada Khamis akibat terjejas banjir dalam kejadian terkini bencana itu yang bermula sejak Rabu. Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Datuk Dr Raisin Saidin, berkata daripada jumlah itu, lapan sekolah ditutup selepas kawasan sekolah dinaiki air, manakala sebuah sekolah ditutup kerana jalan masuk tidak dapat dilalui. Katanya, lapan sekolah terjejas […]

Badan, kepala selain sebelah tangan dan kaki dipercayai dibuang di tempat lain

KOTA KINABALU: Polis bersama pekerja lori sampah cuba mencari anggota badan lain selepas penemuan kaki dan tangan manusia di sebuah tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, di sini, pagi tadi. Info X dimaklumkan, pencarian itu dilakukan di satu lagi tempat pembuangan sampah berhampiran, selain menyelongkar semula sampah yang sudah dimasukkan ke dalam lori sampah. […]

Banjir di Beaufort dan Sipitang, 195 mangsa dipindah

KOTA KINABALU: Daerah Beaufort diisytihar berdepan bencana banjir pada Khamis selepas berlaku limpahan air Sungai Padas yang menjejaskan 18 kampung setakat ini. Pengisytiharan bencana itu dibuat Pegawai Daerah, Nazri Ajun pada jam 9 pagi tadi serentak dengan pembukaan Pusat Penempatan Kekal (PPK) Selagon bagi pemindahan mangsa. Kampung terjejas banjir setakat ini ialah Batu 60, Jempangah, […]

20 gerai musnah terbakar, bunyi letupan sebelum api marak

TAWAU: Deretan 20 gerai tidak kekal musnah dalam kebakaran di Jalan Utara Apas Wakuba Batu 15, di sini, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.37 malam sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 26 kilometer dari balai. “Setibanya di lokasi, didapati […]

Warga emas maut, kereta terbabas langgar tiang tanda jalan

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar tiang tanda jalan di susur Flyover Karamunsing, Jalan Kemajuan, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 77 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I). Pemangku Ketua Polis Daerah […]

Pemandu maut, anak parah nahas tiga kenderaan di Jalan Labuk

SANDAKAN: Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya parah selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Labuk, Batu 9, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, mangsa, Ranchanna Hujang, 55, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sandakan akibat kecederaan dalaman. Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George […]

Remaja 14 tahun dikhuatiri lemas ketika cari ketam

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika menjalankan aktiviti mencari ketam di Sungai Darau, Menggatal, di sini, petang tadi. Mangsa dikenali sebagai Ifran Abdullah, 14, dilaporkan hilang selepas dipercayai lemas ketika cuba menyeberangi sungai berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3 petang […]

‘Pilihan raya’ JKKK di Kadamaian lancar, 31 kampung selesai – Ewon

KOTA BELUD: Sebanyak 31 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian selesai mengadakan ‘pilihan raya’ atau pemilihan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setakat Rabu. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, berkata hanya 25 kampung belum melaksanakan pemilihan, manakala dua kampung menangguhkan proses itu berikutan ada musibah. […]