Search

Sambutan Tahun Baharu Cina simbolik perpaduan Sabah – Shahelmey

PUTATAN: Sambutan Tahun Baharu Cina wajar menjadi wadah terbaik kepada semua lapisan masyarakat bagi mendalami kepelbagaian budaya dan mengeratkan silaturahim. Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata sambutan diraikan masyarakat Cina itu juga menjadi simbolik perpaduan di Sabah yang terkenal dengan keharmonian kaum. Katanya, asas perpaduan itu boleh dijadikan pemangkin kemajuan negeri sejajar hasrat […]

Kupikupi FM radio rasmi Lampoopalooza 2026

KOTA KINABALU: Kupikupi FM diumumkan sebagai radio rasmi bagi penganjuran Lampoopalooza 2026 yang akan bermula esok, 14 Februari, di Gaya Street, di sini. Acara seni cahaya berskala besar itu dijadual berlangsung bermula jam 5 petang hingga 11 malam, bertempat di Bangunan Lembaga Pelancongan Sabah. Lampoopalooza 2026 dijangka menjadi tumpuan warga kota dan pelancong apabila menampilkan […]

Pelajar Sabah perlu ambil tahu usaha kerajaan, tidak terpengaruh cerita luar – KM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meminta pelajar Sabah, khususnya yang menuntut di luar negeri ini supaya mengambil tahu apa yang dilaksanakan kerajaan pimpinannya. Beliau berkata, mereka perlu mengambil tahu perkara itu secara peribadi dan tidak terpengaruh dengan cerita di luar yang bercakap perkara tidak betul mengenai kerajaan negeri. Katanya, pelajar perlu mengetahui […]

Konflik peribadi, tuntutan wang pertunangan punca pembunuhan, suspek utama mengaku terbabit

KOTA KINABALU: Suspek utama kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, mengaku terbabit dalam kejadian itu, dengan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat awal […]

Polis tahan anak suspek utama

KOTA KINABALU: Polis menahan anak kandung kepada suspek utama kes pembunuhan kejam wanita yang mayatnya dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di Taman Indah Permai, di sini, malam tadi. Lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sebuah rumah di Sepanggar kira-kira jam 11 malam dalam operasi membabitkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis […]

Tidak sampai 24 jam, suspek bunuh wanita dikerat tujuh bahagian diberkas

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan suspek yang dikaitkan dengan kes pembunuhan kejam seorang wanita yang mayatnya dikerat tujuh bahagian dan dibuang di beberapa lokasi di Indah Permai, di sini, awal pagi tadi. Suspek lelaki berusia 71 tahun itu diberkas di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) jam 8.10 malam dalam operasi dijalankan Bahagian […]

Cuba melarikan diri, lelaki ditahan bersama ketamin, serbuk ekstasi

PENAMPANG: Cubaan seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah melarikan diri tidak berhasil apabila dia diberkas polis bersama dadah jenis ketamin dan serbuk ekstasi dalam serbuan di sebuah kondominium di daerah ini, semalam. Dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu, suspek warga tempatan berusia 26 tahun berjaya ditahan […]

Lelaki ditahan simpan anak beruang madu untuk tontonan awam

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan seorang lelaki selepas dipercayai menyimpan seekor anak beruang madu di sebuah lokasi tarikan awam untuk tujuan tontonan, dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan semalam. Tindakan itu diambil susulan aduan orang awam pada 11 Februari lalu berhubung satu video yang tular di Facebook memaparkan haiwan dilindungi berkenaan berada di premis […]

Remaja maut motosikal terbabas rempuh penghadang simen

PAPAR: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum merempuh penghadang simen dalam kejadian di Labuhraya Pan Borneo berhampiran Kampung Andus, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa […]

Wanita dikerat tujuh bahagian, anggota tubuh dibuang di beberapa lokasi

KOTA KINABALU: Seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan kejam berikutan penemuan mayatnya yang terpisah kepada tujuh bahagian dipercayai dipotong menggunakan senjata tajam. Lebih memilukan, bahagian anggota badan mangsa yang dikerat dibuang di beberapa tempat pembuangan sampah di Taman Indah Permai, di sini, hari ini. Mangsa dipercayai dikerat pada bahagian leher, badan, punggung, kedua-dua tangan dan […]