“Mama sudah bayar RM7,000” – Luahan anak dalam live TikTok bongkar konflik sebelum tragedi

KOTA KINABALU: “Lelaki itu bersetuju putus, tapi dia minta RM7,000. Mama sudah bayar.” Demikian kata salah seorang anak mangsa ketika menceritakan konflik pertunangan mamanya yang dipercayai menjadi titik mula kepada tragedi pembunuhan itu. Dia yang berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok berkata, sepanjang tempoh pertunangan kira-kira dua hingga tiga bulan, hubungan ibunya […]
Polis, suspek cedera dalam pergelutan, satu das tembakan dilepaskan

TAWAU: Seorang anggota polis dan seorang suspek lelaki cedera selepas berlaku pergelutan ketika cubaan menahan individu terbabit dalam kejadian di kawasan pusat komersial Bazong, di sini, pagi tadi. Kejadian jam 10.45 pagi itu berlaku ketika dua anggota polis sedang tugas rondaan bit dan cegah jenayah di Jalan Persisiran Pantai sebelum menahan dan memeriksa sebuah Perodua […]
JKDM kutip RM76.18 bilion hasil tahun lalu

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terus memainkan peranan strategik dalam menyokong agenda reformasi fiskal negara serta memastikan kelestarian kewangan Kerajaan Persekutuan melalui peningkatan prestasi kutipan hasil dan pemerkasaan aspek penguatkuasaan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainuddin berkata, sebagai agensi utama dalam kutipan hasil negara, JKDM melaksanakan fungsi tersebut secara berterusan. Selain […]
Dadah lebih 3 tan bernilai lebih RM240 juta dirampas dalam dua operasi berskala besar di Sabah

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai terbesar dalam sejarah Sabah berikutan membabitkan rampasan dadah lebih tiga tan dengan nilai lebih RM240 juta. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata rampasan itu dibuat menerusi dua operasi bersepadu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama […]
Suspek tidak puas hati mangsa putuskan pertunangan

KOTA KINABALU: Suspek kes bunuh dan kerat dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana memutuskan pertunangan mereka dan berkahwin dengan individu lain. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, mangsa seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan warga asing yang memegang dokumen IMM13. Katanya, mangsa dipercayai berada di lokasi kejadian untuk berjumpa dengan suspek di […]
Kerajaan negeri sumbang kereta pacuan empat roda kepada Polis Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyumbangkan dua kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan operasi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan replika kunci kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai simbolik penyerahan sumbangan dalam satu majlis di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di […]
86 resort, premis pelancongan di Semporna beroperasi tidak sah

KOTA KINABALU: Sebanyak 86 premis pelancongan dan resort yang beroperasi di Semporna dikesan berdepan pelbagai isu pematuhan syarat operasi termasuk tiada sijil menduduki (OC). Perkara itu didedahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Jafry Arifin menerusi satu kenyataan pada Jumaat. Katanya, jumlah itu berdasarkan rekod semasa yang dimaklumkan kepada beliau ketika mempengerusikan mesyuarat […]
Inisiatif Kebun Dapur dilancar di Tuaran Ahad ini

KOTA KINABALU: Inisiatif Kebun Dapur di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri akan dilancarkan di Padang Istiadat Pekan Tuaran, pada Ahad ini. Pelancaran program itu yang akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dimaklumkan menterinya, Datuk Jamawi Jaafar pada Khamis. Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemuramah deejay KupiKupi FM ketika segmen Morning […]
Sambutan Tahun Baharu Cina simbolik perpaduan Sabah – Shahelmey

PUTATAN: Sambutan Tahun Baharu Cina wajar menjadi wadah terbaik kepada semua lapisan masyarakat bagi mendalami kepelbagaian budaya dan mengeratkan silaturahim. Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata sambutan diraikan masyarakat Cina itu juga menjadi simbolik perpaduan di Sabah yang terkenal dengan keharmonian kaum. Katanya, asas perpaduan itu boleh dijadikan pemangkin kemajuan negeri sejajar hasrat […]
Kupikupi FM radio rasmi Lampoopalooza 2026

KOTA KINABALU: Kupikupi FM diumumkan sebagai radio rasmi bagi penganjuran Lampoopalooza 2026 yang akan bermula esok, 14 Februari, di Gaya Street, di sini. Acara seni cahaya berskala besar itu dijadual berlangsung bermula jam 5 petang hingga 11 malam, bertempat di Bangunan Lembaga Pelancongan Sabah. Lampoopalooza 2026 dijangka menjadi tumpuan warga kota dan pelancong apabila menampilkan […]