Search

Penumpang belakang digalak guna tali pinggang keledar – JPJ

KOTA KINABALU: Penumpang belakang digalakkan untuk memakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan ya g mampu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya maut. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, Datuk Mohd Harris Ali berkata, aspek keselamatan itu sudah lama dikuatkuasakan namun kesedaran dalam kalangan penumpang masih perlu dipertingkatkan. Katanya, pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang di […]

RM559.85 juta untuk tingkat keterjaminan makanan, tahap sara diri di Sabah – KM

TUARAN: Kerajaan negeri memperuntukkan RM559.85 juta kepada Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) negeri bagi meningkatkan keterjaminan makanan dan tahap sara siri (SSL) tanaman makanan pada tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata bahawa di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0), sektor pertanian kekal sebagai salah satu daripada tiga […]

Bapa nekad redah api, selamatkan isteri dan tiga anak

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah kebakaran bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam kejadian membabitkan deretan sembilan kedai di hadapan SMK Narinang, di sini, awal pagi tadi. Mangsa berusia 32 tahun mengalami kecederaan ketika membawa keluar ahli keluarganya sebelum api marak dan memusnahkan hampir keseluruhan bangunan berkenaan. Isterinya […]

1,910 kebakaran di Sabah tahun lalu, kerugian cecah RM145 juta

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan 1,910 kes kebakaran dengan 13 kematian sepanjang tahun lalu, membabitkan kerugian harta benda dianggarkan mencecah RM145 juta. Pengarah JBPM Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, daripada jumlah itu, kebakaran bangunan struktur menyumbang 42 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan. Menurutnya, kebakaran berpunca daripada elektrik merekodkan 692 […]

Tulis lebih banyak karya sejarah Sabah untuk kefahaman rakyat – KM

KOTA KINABALU: Sabah memerlukan lebih banyak penulisan atau karya sejarah berkaitan apa yang pernah berlaku di negeri ini supaya rakyat memahami dengan lebih jelas perkara itu. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata penulisan mengenai peristiwa penting pada masa lalu juga penting, khususnya ketika isu besar seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerap dibincangkan. “Masih banyak […]

Polis kesan dua lagi anggota tubuh mangsa

KOTA KINABALU: Selepas penemuan beberapa bahagian anggota tubuh wanita yang dibunuh kejam di sekitar Indah Permai, di sini, Khamis lalu, polis kini masih giat mengesan dua lagi anggota tubuh mangsa yang belum ditemui. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, mangsa dipercayai ditetak menggunakan parang di sebuah rumah di Manggatal sebelum mayatnya dipotong dan dibuang […]

JSJN Sabah lupus dadah RM4.4 juta di Port Dickson 2025

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah melaksanakan pelupusan barang kes dadah membabitkan 6,382 kertas siasatan dengan nilai keseluruhan lebih RM4.4 juta, Ogos lalu. Pelupusan itu dijalankan di Tapak Pelupusan Kualiti Alam, Port Dickson, Negeri Sembilan dan dihadiri Ketua JSJN Sabah, Asisten Komisioner Alhusin Halil bersama pegawai serta anggota […]

Op Taring Alpha 3: 33 ditahan, rampasan peranti vape dan e-liquid cecah RM1.72 juta

KOTA KINABALU: Seramai 33 individu ditahan manakala puluhan ribu peranti rokok elektronik dan vape dirampas dalam Op e-CIG (e-Cigarette) Mega yang dilaksanakan serentak di tujuh daerah di Sabah, Selasa lalu. Operasi bersepadu dikenali sebagai Op Taring Alpha 3 itu dilancarkan Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Hasil Dalam […]

Detik cemas dua keluarga, dewan roboh hempap rumah

SEMPORNA: Dua keluarga melalui detik cemas apabila sebuah dewan kayu dibina di atas air tiba-tiba roboh sebelum menghempap kediaman mereka di Kampung Air, di sini, malam tadi. Dalam kejadian itu, enam penghuni termasuk dua kanak-kanak sedang berada di dalam rumah masing-masing sebelum terdengar bunyi dentuman kuat disusuli gegaran pada struktur lantai dan dinding. Mereka bertindak […]

“Mama sudah bayar RM7,000” – Luahan anak dalam live TikTok bongkar konflik sebelum tragedi

KOTA KINABALU: “Lelaki itu bersetuju putus, tapi dia minta RM7,000. Mama sudah bayar.” Demikian kata salah seorang anak mangsa ketika menceritakan konflik pertunangan mamanya yang dipercayai menjadi titik mula kepada tragedi pembunuhan itu. Dia yang berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok berkata, sepanjang tempoh pertunangan kira-kira dua hingga tiga bulan, hubungan ibunya […]