Pemenang pingat Sukan SEA, Para ASEAN 2025 terima insentif RM383,116

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri pada Selasa menyampaikan insentif kemenangan sukan berjumlah RM383,116 kepada seramai 57 atlet Sabah yang memenangi pingat pada Sukan SEA Ke-33 dan Para ASEAN Ke-13 di Thailand pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak RM146,500 adalah insentif kemenangan bagi Sukan SEA Ke-33, manakala sebanyak RM236,616 insentif kemenangan kepada atlet Para ASEAN Ke-13. […]
Bangkai gajah tanpa gading, dipercayai dibunuh ditemui di Pinangah

KINABATANGAN: Bangkai seekor gajah Pygmy Borneo dengan sebahagian kepala dan gadingnya hilang ditemui dalam kawasan ladang berhampiran Hutan Simpan Sungai Pinangah, Tongod, dekat sini, pagi semalam. Bangkai haiwan berkenaan yang disyaki sengaja dibunuh untuk mendapatkan gadingnya ditemui kakitangan ladang sekitar jam 6.30 pagi semalam, sebelum melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL). Dalam kejadian […]
Terminal feri Jesselton Point pemangkin pelancongan Sabah

KOTA KINABALU: Terminal Feri Jesselton Point siap dinaik taraf di lokasi baharu seiring dengan statusnya sebagai prasarana strategik yang bakal menjadi pemangkin utama pembangunan industri pelancongan Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kemudahan yang lebih selesa itu sejajar dengan kedudukan Terminal Feri Jesselton Point yang mencatat peningkatan penumpang pada 2025 kepada seramai 552,369 […]
Lebih 20 penduduk kampung tumpaskan buaya 300kg

KOTA KINABALU: Lebih 20 penduduk kampung bergabung tenaga menangkap seekor buaya seberat kira-kira 300 kilogram (kg) yang dipercayai sering muncul di kawasan pantai berhampiran Universiti Malaysia Sabah (UMS), pagi ini. Reptilia sepanjang hampir 3.7 meter itu ditangkap berhampiran kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas dikesan berada kira-kira 100 meter dari pesisir pantai. Penduduk kampung […]
12 kedai terbakar, wanita cedera cuba selamat barang

TAWAU: Sebanyak 10 daripada 12 pintu kedai runcit musnah dalam kebakaran membabitkan sederetan premis tidak kekal di Kampung Tintingan, di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian jam 2.12 pagi itu, seorang wanita berusia 40-an dilaporkan melecur di bahagian pergelangan tangan kiri selepas dipercayai cuba menyelamatkan barangan ketika kebakaran berlaku. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) […]
Polis tahan lelaki disyaki tampar, pijak anak saudara

TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai menampar dan memijak anak saudaranya berusia tiga tahun hingga mengalami kecederaan dalam kejadian di kawasan perkampungan Batu 5, Jalan Apas, di sini, semalam. Suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Strike Team Balai Polis Tawau bersama anggota Pondok Polis Kawasan (PPK) Kinabutan di sebuah […]
Warga emas ditemui maut dalam kebakaran rumah

SANDAKAN: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Fook Hin, Batu 12, di sini, malam ini. Mangsa dikenali sebagai Nicole, 84, ditemukan di ruang tamu rumah jenis separuh kekal dua tingkat yang musnah sepenuhnya dalam kejadian berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penguasa Kanan […]
PPM Sabah tumpas kegiatan pindah diesel bersubsidi

SANDAKAN: Kegiatan memindahkan minyak diesel bersubsidi secara haram terbongkar selepas dua lelaki diberkas dalam operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Team Task Force Balai Polis Siguntur di Jalan Weng Sing, Sungai Manila, di sini, semalam. Dalam operasi kira-kira jam 1.20 petang itu, seorang lelaki tempatan dan seorang warga Indonesia ditahan ketika dipercayai […]
Dua cedera diserang guna sabit, kapak ketika beli minuman

KOTA KINABALU: Niat sekumpulan lelaki membeli minuman di kawasan jambatan berhampiran Blok C, Kampung Sembulan Lama, di sini, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka cedera diserang menggunakan senjata tajam, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan dikatakan berada di lokasi berkenaan sebelum berlaku salah faham dengan seorang lelaki tempatan […]
Penganggur diberkas curi kabel di Ranau

RANAU: Kegiatan mencuri kabel telekomunikasi di sebuah pencawang di daerah ini terbongkar selepas seorang lelaki berjaya diberkas polis dalam serbuan di sebuah premis biliard di pekan Ranau, semalam. Suspek lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ranau yang diketuai Inspektor Askandal […]