Gagasan Rakyat ambil langkah berani, progresif pinda struktur bahagian – Azrul Ibrahim

KOTA KINABALU: Pindaan perlembagaan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi menjadikan kawasan Parlimen sebagai bahagian baharu parti itu disifatkan sebagai langkah berani dan progresif dalam memperkukuh parti. Pemangku Ketua Pemudanya, Datuk Azrul Ibrahim, berkata pindaan itu juga adalah satu langkah strategik bagi memantapkan keupayaan Gagasan Rakyat menghadapi cabaran politik. “Gagasan Rakyat mengambil langkah berani […]
Adik ditemui lemas, operasi SAR dua beradik tamat

KOTA BELUD: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang dipercayai lemas di sungai berhampiran kawasan perkhemahan di Polumpung Melangkap Baru, di sini, tamat sepenuhnya petang ini selepas mangsa kedua ditemukan meninggal dunia. Mangsa, Daniel Abdullah, 18, ditemukan orang awam pada jam 12.04 tengah hari di Sektor A kira-kira 200 meter dari lokasi tempat mandi. […]
Ranjau politik Sabah kuatkan semangat perjuangan GRS – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengingatkan rakan pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengenai ranjau politik dihadapi gabungan itu sejak mula-mula mengambil alih kerajaan pada 2020. Katanya, pada masa itu semua sedar aspirasi rakyat Sabah yang tidak mahu terus bergantung kepada percaturan orang lain untuk menentukan masa depan negeri […]
Persidangan Khas Gagasan Rakyat: 26 bahagian baharu kukuhkan lagi parti

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mengambil keputusan merombak struktur parti dengan menjadikan kawasan Parlimen berbanding Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai bahagian. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata perubahan itu yang akan dibuat menerusi pindaan perlembagaan parti akan menyaksikan Gagasan Rakyat mempunyai 26 bahagian baharu berbanding 74 bahagian termasuk […]
Polis buru lelaki bantu siasatan kes dadah

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan satu kes dadah yang dilaporkan di Penampang. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Eric Leon Frankey, 27, dengan alamat terakhir di Taman Sri Kepayan, di sini. Dalam notis yang dikeluarkan JSJN Sabah, lelaki terbabit dikehendaki bersabit kes bernombor Penampang/000821/2026. Pegawai […]
Penunggang maut motosikal dipercayai lawan arus

PAPAR: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer (km) 20, Lebuhraya Pan Borneo, Papar – Kota Kinabalu, di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 23 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah […]
Jualan produk Sabah cecah RM95.9 juta tahun lalu

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui pelbagai inisiatif pemerkasaan usahawan tempatan berjaya meningkatkan kebolehpasaran produk Sabah ke pasaran antarabangsa denganmencatatkan nilai potensi jualan mencecah RM95.9 juta sepanjang 2025. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pencapaian itu direkodkan menerusi penyertaan seramai 124 usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam 18 ekspo perdagangan antarabangsa. “Prestasi ini menunjukkan […]
Polis Marin Sabah rampas lebih RM20.6 juta menerusi Op Tiris 4.0

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah merekodkan rampasan melebihi RM20.6 juta menerusi pelaksanaan Op Tiris 4.0 bagi tempoh Januari hingga April tahun ini. Sepanjang tempoh itu, sebanyak 54 kes direkodkan dengan 53 tangkapan dilakukan termasuk membabitkan 13 warga asing. Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, kejayaan […]
Abang ditemukan lemas cuba selamatkan adik

KOTA BELUD: Percutian sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang lelaki ditemukan lemas manakala adiknya masih hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berhampiran kawasan perkhemahan di Polumpung Melangkap Baru, di sini, pagi tadi. Mangsa yang masih belum ditemui dikenali sebagai Daniel Abdullah, 18. Manakala abangnya, Zul Hakim Abdullah, 23, ditemukan meninggal dunia […]
28 ahli sindiket scam diserah kepada Imigresen untuk diusir

TAWAU: Seramai 28 warga asing yang terbabit dalam sindiket penipuan ‘love scam’ dan pelaburan dalam talian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan pengusiran selepas dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Tawau, Khamis lalu. Semua suspek terdiri daripada 26 lelaki warga China, seorang wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam yang ditahan dalam […]