Search

28 ahli sindiket scam diserah kepada Imigresen untuk diusir

TAWAU: Seramai 28 warga asing yang terbabit dalam sindiket penipuan ‘love scam’ dan pelaburan dalam talian diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan pengusiran selepas dijatuhi hukuman denda oleh Mahkamah Majistret Tawau, Khamis lalu. Semua suspek terdiri daripada 26 lelaki warga China, seorang wanita warga China dan seorang wanita warga Vietnam yang ditahan dalam […]

Kedai berhampiran stesen minyak musnah terbakar

SEMPORNA: Sebuah kedai berhampiran stesen minyak di Batu ¼ Jalan Bubul, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi Sabtu. Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 5 pagi itu tidak melibatkan sebarang mangsa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 5.06 pagi. Katanya, sepasukan lapan anggota […]

Pindaan jumlah bahagian Gagasan Rakyat langkah strategik perkukuh parti – Nizam

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) meminda perlembagaannya bagi melaksanakan penstrukturan parti daripada 74 bahagian sekarang kepada hanya 26 bahagian pada Persidangan Agung Khas parti itu, di sini, esok. Ketua Penerangannya, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata beliau menyambut baik langkah untuk membawa pindaan berkaitan penstrukturan jumlah bahagian parti itu yang dijelaskan dalam […]

Bekas renjer hutan ditahan simpan koleksi bahagian hidupan liar dilindungi

TUARAN: Aktiviti seorang bekas renjer hutan mengumpul pelbagai bahagian haiwan liar dilindungi sejak puluhan tahun lalu terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa di sebuah rumah di Kampung Wokok Batangan, Batu 3 Jalan Timbok, di sini, hari ini. Dalam serbuan jam 7.15 pagi itu, lelaki tempatan berusia 60 tahun ditahan bersama pelbagai bahagian haiwan dilindungi bernilai lebih […]

Lori bawa barang kawalan tanpa permit, lelaki ditahan PPM

BEAUFORT: Cubaan seorang lelaki membawa pelbagai barang kawalan tanpa permit sah terbongkar selepas lori dipandunya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah di kawasan Kampung Klias, Jalan Bypass, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun berkenaan ditahan selepas didapati gagal mengemukakan permit membeli, membawa dan […]

54 warga asing ditahan dalam Ops Sapu di Sipitang, Semporna

SEMPORNA: Seramai 54 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Kutip yang dijalankan di Sipitang serta Semporna, semalam. Dalam operasi itu, kebanyakan warga asing yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dan melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63. […]

Briged Sabah tumpas sindiket seludup barang kawalan, 11 ditahan

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan barang kawalan menerusi Operasi Bersepadu Intra/Inter Agensi (Op Tiris Briged Sabah PGA) yang dijalankan serentak di lapan daerah di negeri ini, pada 13 Mei lalu. Operasi bermula kira-kira jam 8 pagi hingga 6 petang itu dijalankan di Kota Kinabalu, Tawau, Keningau, […]

Sabah Electricity beri penjelasan isu kenaikan bil elektrik kepada UPPM

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) memberi penjelasan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) berhubung isu kenaikan bil elektrik, di ibu pejabat unit itu di Menara Kinabalu, di sini, pada Jumaat. Penjelasan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir Mohd Yaakob Jaafar kepada pegawai UPPM dan PPM yang hadir, termasuk pengarahnya, […]

Sorok petrol dalam tong di muara sungai

KUDAT: Sebanyak 18 tong berisi petrol dipercayai cuba diseleweng ditemukan terapung di muara sungai Kampung Pagason, Pitas dalam Op Tiris 4.0 (Bersepadu), semalam. Rampasan membabitkan 3,600 liter petrol bernilai RM7,164 itu diserahkan Pasukan Gerakan Am (PGA) kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Kudat untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan […]

Dua stor musnah dalam kebakaran di Kudat

KUDAT: Dua stor musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Taman Pakka 3, di sini, pagi tadi, manakala dua rumah berhampiran hanya mengalami kerosakan kecil. Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 pagi itu, kebakaran turut memusnahkan sebuah Perodua Kancil yang berada berhampiran lokasi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Pegawai Penguasa Bomba Darickson Galanang berkata, pihaknya menerima […]