Angin kencang rosakkan bumbung rumah di Labuan

LABUAN: Beberapa rumah di Perumahan MPL Tanjung Aru di sini, mengalami kerosakan pada bahagian bumbung selepas dilanda angin kencang dalam kejadian malam tadi. Kejadian kira-kira jam 10.25 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang sehingga menghalang laluan jalan raya di kawasan terbabit. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima satu aduan berhubung […]
Ops Tiris 4.0: 1,520 liter petrol cuba diseleweng dirampas

SEMPORNA: Cubaan menyeleweng 1,520 liter minyak petrol di kawasan atas jambatan Kampung Air di sini, berjaya dipatahkan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), semalam. Rampasan tanpa tuan itu membabitkan 60 gelen berisi petrol dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM7,600. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima serahan kes […]
Pengorbanan abang berakhir pilu, adik OKU rentung

KOTA MARUDU: Pengorbanan seorang abang yang cuba menyelamatkan adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU) dalam kebakaran rumah di Kampung Torintidon, Jalan Kampung Lampada, awal pagi tadi, berakhir pilu apabila remaja itu ditemukan rentung. Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, Lorex Sindam, 16, dipercayai terperangkap di dalam rumah yang terbakar 100 peratus. Abang mangsa, […]
Kenaikan bil elektrik dipengaruhi faktor penggunaan semasa – Sabah Electricity

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (Sabah Electricity) menjelaskan peningkatan bil elektrik pengguna kebelakangan ini banyak dipengaruhi faktor penggunaan semasa, khususnya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, cuaca panas serta penggunaan peralatan elektrik berkuasa tinggi secara berterusan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ir Mohd Yaakob Jaafar, berkata penggunaan peralatan seperti penghawa dingin, pemanas air dan peti sejuk […]
Masidi Timbalan Pengerusi baharu GRS, Armizan ambil alih Setiausaha Agung

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merombak beberapa jawatan tertinggi parti, termasuk mengisi kekosongan bekas pemimpin parti komponen yang meninggalkan gabungan itu. Berdasarkan maklumat diperolehi media, Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Masidi Manjun kini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GRS bagi mengekalkan lima jawatan itu, termasuk empat disandang Presiden parti komponen. […]
Axia mencurigakan bawa kepada rampasan syabu, kabel

PAPAR: Tindakan seorang suspek melarikan diri selepas kenderaannya dikesan dalam keadaan mencurigakan di Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kampung Mook, Kinarut, membawa kepada penemuan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah, semalam. Dalam kejadian itu, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar yang menjalankan rondaan […]
Wanita warga asing ditahan bantu siasatan kes buang bayi

SEMPORNA: Seorang wanita warga asing ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes penemuan bayi lelaki yang ditinggalkan di laluan pejalan kaki depan sebuah rumah kosong di Kampung Panji, di sini, pagi tadi. Bayi dipercayai berusia dua bulan itu ditemukan orang awam dalam keadaan berbungkus kain kira-kira jam 7 pagi sebelum laporan dibuat kepada polis pada jam […]
Mayat pelajar lelaki ditemukan di Sungai Padas

TENOM: Mayat seorang pelajar lelaki ditemukan terapung di Sungai Padas berhampiran Empangan Hydro Electric Pangie, di sini, pagi tadi. Mangsa berusia 19 tahun itu ditemui orang awam sebelum maklumat disalurkan kepada pihak polis kira-kira jam 8.54 pagi. Difahamkan, mangsa sebelum ini dilaporkan keluar dari asrama sebuah sekolah di Kemabong sejak Ahad lalu. Pemangku Ketua Polis […]
JIM Sabah tahan 38 PATI di Kudat, Tawau

TAWAU: Seramai 38 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Kudat dan Tawau, baru-baru ini. Operasi menerusi Ops Sapu, Ops Mahir, Ops Selera dan Ops Gegar itu dijalankan bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) serta individu yang melakukan kesalahan imigresen. Dalam operasi di Kudat, seramai 20 […]
Doktor bersama pasangan disogit RM15,000 kerana langgar adat

KENINGAU: Seorang doktor bersama pasangannya diperintah membayar sogit bernilai RM15,000 atau bersamaan tiga ternakan besar selepas didapati melanggar adat berkaitan mengahwini isteri atau suami orang lain. Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Keningau mengikut Kaedah 19(1), Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992 dan Pindaan Undang-Undang Adat Anak Negeri 1995 pada prosiding, di sini, hari ini. […]