Search

Polis siasat insiden penguatkuasa dipukul penjual rokok

SANDAKAN: Seorang pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan lelaki ketika membuat rondaan di Pasar Batu 8, di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa bersama rakan sekerjanya dikatakan menjalankan rondaan bagi memantau aktiviti perniagaan dan menegur seorang lelaki yang dipercayai menjual rokok tanpa cukai secara terbuka […]

Lapan ditahan kes gaduh di Bazar Ramadan Sabindo

TAWAU: Polis menahan tiga lagi lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Bazar Ramadan Sabindo Plaza, menjadikan lapan individu keseluruhan diberkas setakat ini susulan insiden yang mencetuskan kekecohan di kawasan tumpuan orang ramai itu, semalam. Tangkapan terbaharu itu dibuat selepas lima lelaki terlebih dahulu ditahan malam tadi dalam operasi dijalankan polis susulan video pergaduhan berdurasi kira-kira […]

Bekas penolong akauntan ditahan kes dokumen palsu RM90,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang bekas penolong akauntan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu. Perbuatan itu dipercayai membabitkan kerja naik taraf dan penyelenggaraan bernilai kira-kira RM90,000. Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam, dalam satu operasi dijalankan SPRM […]

Polis tahan lima individu gaduh di bazar ramadan

TAWAU: Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan susulan video tular pergaduhan hingga mencetuskan kekecohan di Bazar Ramadan Sabindo, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya turut membuka kertas siasatan berhubung insiden berkenaan dan masih dalam proses mengesan beberapa lagi suspek yang sudah dikenal pasti. “Setakat ini lima […]

Penjawat awam mengaku tidak bersalah cadang nama saudara penerima Rumah Mesra SMJ

SANDAKAN: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalah guna jawatan dengan mencadangkan dua individu yang mempunyai talian saudara dengannya sebagai penerima bantuan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) pada 2022. Tertuduh, Herman Idris, 52, yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) DUN Elopura, didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan […]

Abang bomba berjaya pujuk

PENAMPANG: Seorang remaja perempuan diselamatkan anggota bomba daripada cubaan terjun dari tingkat lima sebuah pusat beli belah di Donggongon, di sini, petang ini. Dalam kejadian kira-kira 5.10 petang itu, remaja perempuan berusia 17 tahun dilihat berdiri di luar bangunan sebelum orang awam yang menyedari tindakannya segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Ketua Balai Bomba […]

5 rumah, 4 premis termasuk taska musnah dalam kebakaran

SEMPORNA: Lima rumah serta empat premis termasuk sebuah taska musnah dalam kebakaran di Kampung Air di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, sebuah lagi rumah turut terjejas apabila terbakar kira-kira 10 peratus. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang. Katanya, […]

Penipuan dalam talian, 13 warga China ditahan di Labuan

LABUAN: Polis menahan 13 warga China selepas menyerbu sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan pusat panggilan penipuan di kawasan Jalan Pulau Buah, di sini, pada 28 Februari lalu. Serbuan jam 12.45 tengah malam itu dijalankan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Labuan susulan aduan awam […]

Pelajar MRSM maut, adik parah motosikal dirempuh kereta

TAWAU: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal dinaiki bersama adiknya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Merotai – Tawau, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tawau disahkan meninggal dunia pada […]

Orang ramai gempar mayat telungkup dalam longkang

TENOM: Orang ramai gempar selepas menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan telungkup di dalam longkang berhampiran bangunan Alliance Bank di Pekan Tenom, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira 8.50 pagi itu, penemuan mayat berkenaan disedari orang awam yang melalui laluan pintas menuju ke Hospital Tenom sebelum memaklumkan kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir […]