Search

‘Tompok’ diselamatkan selepas dua hari terperangkap

KOTA KINABALU: Seekor kucing dikenali sebagai Tompok yang dipercayai terperangkap hampir dua hari di tingkat tiga bangunan kosong berhampiran Hotel Sheraton, di sini, berjaya diselamatkan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), petang tadi. Operasi menyelamat terpaksa dilakukan menggunakan tangga kerana tiada laluan untuk naik ke bahagian belakang bangunan berkenaan. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) […]

60 tong gas bersubsidi cuba diseludup digagalkan

TAWAU: Cubaan menyeludup keluar 60 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi ke negara jiran berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau dalam operasi di perairan Tawau, semalam. Dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pagar Laut dan Op Tiris menerima maklumat risikan mengenai pergerakan mencurigakan sebuah […]

Pencawang baharu atasi gangguan elektrik beberapa kampung di Papar

PAPAR: Gangguan bekalan elektrik disebabkan kesusutan voltan yang dialami penduduk beberapa kampung, di sini diatasi menerusi pembinaan pencawang baharu bagi menggantikan pencawang lama yang tidak mampu menampung beban permintaan tenaga. Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata sepanjang tahun lalu empat pencawang baharu disiapkan Sabah Electricity Sdn Bhd (SE), masing-masing di Pencawang di Kampung […]

APMM tahan bot pam disyaki guna bom ikan di perairan Kunak

LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot pam yang disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di perairan Kunak, semalam. Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, penahanan dilakukan kira-kira jam 1.15 pagi pada kedudukan satu batu nautika di timur laut perairan Kunak oleh anggota bot ronda yang […]

Buaya dikesan di Pantai Tanjung Aru

KOTA KINABALU: Pengunjung di Pantai Tanjung Aru 2, di sini, dikejutkan dengan penampakan seekor buaya di perairan pantai berkenaan, pagi tadi. Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, reptilia berkenaan dikesan oleh anggota Menara Penyelamat Pantai (MPP) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika sedang menjalankan tugas memasang bendera di kawasan pantai. Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten […]

Jafry sokong bekas ahli kembali ke pangkuan UMNO

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin menyokong kenyataan presiden parti itu berhubung penerimaan bekas ahli kembali ke pangkuan UMNO. Beliau berkata, kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu menunjukkan kematangan politik dan kerendahan diri UMNO dalam mengembalikan kekuatan parti itu. “Saya menyokong dan menyanjung tinggi kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri […]

Klinik Kesihatan Tangkarason perlu pembaikan akibat banjir

PAITAN: Kerosakan dialami Klinik Kesihatan Tangkarason, di sini, akibat banjir baru-baru ini akan dibawa ke perhatian pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan lanjut. Menjelaskan perkara itu, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (KWKKR), Datuk Julita Majungki, berkata pembaikan segera perlu dilaksanakan bagi memastikan komuniti di sekitarnya mendapat kemudahan kesihatan selesa. “Saya telah berbincang dengan […]

Enam belia terima motosikal baharu selepas insiden kereta api Tenom–Pangi

TENOM: Enam anak muda yang terlibat dalam insiden kereta api di laluan Tenom–Pangi, baru-baru ini menerima sumbangan motosikal baharu bagi menggantikan motosikal mereka yang rosak teruk dalam kejadian itu. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Jamawi Jaafar, berkata sumbangan enam motosikal itu disampaikan bagi pihak Ketua […]

Kantoi bakar kabel curi

KOTA MARUDU: Kegiatan tiga lelaki yang dipercayai asyik membakar kabel curi di Kampung Tagas, di sini, terbongkar selepas mereka dicekup polis dalam serbuan, hari ini. Dalam operasi kira-kira 10.30 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu menahan tiga suspek tempatan berusia antara 21 hingga 25 tahun. […]

Majlis makan malam tahunan peminat Manchester United kembali ke Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Majlis Makan Malam Tahunan anjuran United Malaysia, kelab penyokong rasmi Manchester United di negara ini, akan kembali dianjurkan di sini pada 27 Jun depan selepas dua tahun diadakan di luar Sabah. Majlis yang bertemakan “United Unite!!! The Next Chapter” itu dijadual berlangsung di Hakka Hall Kota Kinabalu, sekali gus menandakan penganjuran kali kelapan […]