Lelaki maut, motosikal bertembung pacuan empat roda ketika membuat pusingan U

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Leila, di sini, tengah malam tadi. Lelaki warga tempatan berusia 49 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu. Pemandu kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton bersama […]
Ratusan ribu pelajar Sabah terima manfaat 14 inisiatif bantuan pendidikan – KM

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan modal insan menerusi 14 inisiatif bantuan pendidikan dengan perbelanjaan keseluruhan mencecah RM210.25 juta dalam tempoh lima tahun lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata inisiatif itu memberi manfaat kepada ratusan ribu pelajar di seluruh negeri, masing-masing 90,296 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 184,911 pelajar […]
Blok Borneo tidak pernah wujud, Persekutuan, negeri perlu kerjasama – Hajiji

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menolak kewujudan mana-mana blok wilayah yang memisahkan antara wilayah Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung. Beliau berkata, Blok Borneo yang didakwa mahu mengawal Semenanjung tidak pernah wujud, malah tidak pernah wujud sebarang blok wilayah di negara ini. Katanya, negeri dan Persekutuan dan semua […]
RM164 juta untuk pembangunan modal insan di Sabah dalam RMK13

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM164.01 juta untuk program pembangunan modal insan di Sabah menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pembangunan modal insan diutamakan menjadi sebahagian daripada program pembangunan anak-anak watan negeri ini ke arah mencapai kemajuan dan kecemerlangan. “Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan diperkasa melalui peluasan biasiswa […]
Segerakan pembinaan jalan Tenom-Pangi, buat audit keselamatan kereta api

KOTA KINABALU: Projek jalan Tenom-Pangi perlu dijadikan keutamaan dengan disertai garis masa pelaksanaan yang diumum secara terbuka bagi menyelesaikan isu perhubungan di kawasan itu yang ketika ini bergantung sepenuhnya kepada kereta api. Pelaksanaan projek itu adalah antara perkara yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tham Yun Fook berikutan insiden kegagalan fungsi brek kereta […]
Telipok Ria terus digempur, enam ditahan

TUARAN: Aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan perumahan Telipok Ria terus digempur apabila enam lelaki ditahan dalam operasi Ops Gempur Telipok Ria yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, malam tadi. Dalam operasi kira-kira jam 9 hingga 11.30 malam, pasukan JSJN menjalankan pemeriksaan di sekitar perhentian bas dan van sewa […]
Sabah, Sarawak perlu diperkasa kawal masa depan sendiri – Jeffrey

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, menegaskan sudah tiba masanya Sabah dan Sarawak diperkasakan untuk mengambil alih kawalan masa depan sendiri, khususnya dalam pengurusan sumber minyak dan gas. Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berkata, pendekatan lebih berani dan tegas perlu dipertimbangkan demi memastikan kekayaan sumber negeri dimanfaatkan […]
Kerajaan Persekutuan dituntut bersikap telus, berakauntabiliti selesai isu rakyat di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa melaksanakan dasar secara telus, berakuantabiliti dan berimpak kepada rakyat seiring tuntutan mereka terhadap setiap perkara yang berkaitan kepentingan rakyat dan negara, lebih-lebih lagi dalam menyelesaikan isu mendesak dialami rakyat Sabah ketika ini. Menegaskan perkara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Anna Bell Perian, berkata ia juga sejajar dengan titah Seri […]
Kereta bapa jadi mangsa amukan anak

TAWAU: Tindakan seorang lelaki mengamuk dan memecahkan cermin kereta milik bapanya di Kampung Durian, Merotai Besar, di sini, membawa padah apabila dia ditahan polis, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi, suspek lelaki berusia 28 tahun dipercayai bertindak agresif tanpa sebab sebelum merosakkan kenderaan milik bapanya yang diletakkan di kawasan rumah. Ketua Polis Daerah […]
Ops Gempur Telipok Ria: Tiga penagih termasuk wanita dicekup awal pagi

TUARAN: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi Ops Gempur yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di kawasan Telipok Ria, di sini, awal pagi tadi. Dalam operasi kira-kira jam 2.30 hingga 5 pagi itu, pasukan JSJN melakukan pemeriksaan di sekitar tepi jalan Taman […]